Sunday 14 July 2013

Teringat Ramadhan di Kampung



Cam ade yang tak kena jer ngan tajuk entri ni.Tetiba Ramadhan kali ni terasa ‘tacing’ plak.

Ramadhan kali ni merupakan ramadhan ke 6  aku n family berpuasa di rantauan (macam la duk obersea…) Hari ni masuk hari ke 6 puasa. Teringat waktu masih tinggal bersama mak. Makanan yang wajib pada first puasa adalah bubur lambuk..huhu.. missnya bubur lambuk mak. Kat sini pun ade bubur lambuk, tapi manakan sama bubur lambuk mak dan ramuannya sangatlah berbeza.

Berbuka kat kampung plak, mesti penuh kat ruangan dapur mak yang sederhana besar tu . Maklumla adik beradik kami kan ramai…12 orang u..so, bila berkumpul time berbuka penuh la ngan juadah yang bermacam-macam..Oh tak sabar menunggu hujung ramadhan, supaya kami dapat berbuka bersama-sama. Kali ni tentu lebih meriah. Sebab Abg Ngah 1 famili akan beraya di kampung. Belum lagi dicampur ngan famili my sis, famili abang lagi sorang N adik ngan hubby  dia. Cepatlah Syawal menjelma. :)




ini dia bubur lambuk yang aku idamkan.. tapi ni sekadar gambar hiasan je ..  :(

 





 


 


 

 

Monday 8 July 2013

Momen Indah….1 Julai


Salam.

Nak berkongsi satu momen indah ni, yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hayat aku. Momen yang buatkan aku tersenyum sepanjang hari. Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC tak pernah pun terlintas difikiran saat usia perkhidmatan yang masih baru. Di hari yang penuh bersejarah lagi berbunga-bunga ni, (tapi aku takde dapat bunga)  Dato Sri Abdul Wahid bin Omar, iaitu Menteri UPE sendiri yang menyampaikan sijil kepada para penerima APC. Sejuk tangan aku waktu dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Thank you Dato’.



 

Ni gambar hari kejadian,. Gambar tak berapa nak clear ..sebab snap jauh sgt.. apepon tq Eena, my fren a.k.a mak buyung...