Thursday 29 August 2013

Cerita Raya Part II 2013

Salam.


Hari ni dah masuk 22 Syawal. Malasnya nak update blog. Dulu masa takde blog sibuk sangat nak blog bagai.Sekarang dah ade, pemalas plak ko yer.
 
 
Disebabkan kemalasan melanda, ni nak citer sikit je pasal raya kat kampung hari tu. Mane lagi kalau bukan kampungku yang tercinta di Kampung Tok Jiring kat Terengganu.
 
 
Raya kali ni tak berapa nak hepi sebab berlaku beberapa insiden yang tak diingini. Insiden pertama , pada hari raya kedua my asben jatuh sakit. Dia sememangnya ade penyakit darah tinggi n kencing manis. Masa kejadian, dia kat rumah ayahnya di Kampung Pulau Musang. Ada la dalam 5km kot dari kampung aku. Lepas makan ubat, Alhamdulillah dia ok. Dapatlah dia join aktiviti masak-memasak untuk kenduri tahlil pada hari raya ketiga di rumah mak aku.
 
 
Raya ke 4 plak, tetiba kul 5 pagi, Ada panggilan masuk ke henpon asben aku. Panggilan dari anak saudara beliau yang memberitahu bahawa ayah beliau pitam kat dalam bilik air. Bergegaslah asben aku ke rumah ayah beliau dan seterusnya ke hospital menghantar si ayah. Raya ke 5 , kami sepatutnya bertolak balik ke Putrajaya selepas Subuh. Tapi plan kami tertunda sehingga asben aku mendapat berita yang ayah beliau dah stabil. Jadi tengahari tu, kami bertolak balik ke Putrajaya dan selamat sampai pada pukul 8 malam. 
 
 
 
Gambar pada hari raya pertama. Tu pun tak cukup ahli sorang. Si abang takde masa gambar ni diambil. Mane la ko pegi time ni nak.. Takkan dah pegi mengutip duit raya.. hehe
 
 
Gambar ke2 ni lak kenangan ngan mak n ayah serta adik bongsu. Hope Mak n Ayah terus diberi kesihatan yang baik. Amin.
 
 
 
 
 
 

Wednesday 14 August 2013

Cerita Raya Part I 2013


Salam..

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir & Batin.


Sebelum kuar cerita raya kat kampung, ni ade gambar beberapa hari sebelum raya dari ofis..hehe..nak tepek jugak kat sini..tak kiraaa..







 
 

Berbuka Puasa Pada Hari Ke-19



Salam.

Masuk hari ke-19 puasa bersamaan ngan hari Ahad, aku dah kebuntuan nak masak juadah apa. Kebetulan pulak time ni dah gaji. So, my asben ajak berbuka puasa kat luar. Sebelum tu pergi terjah Jualan Gudang kat Dewan Perbadanan Putrajaya. Baju raya anak-anak tak shoping lagi nih dan sale tu pulak berakhir pada malam puasa ke-19.

Area tempat shoping tu plak ade bazar ramadhan kecil-kecilan. So, tak perlu la ke bazar ramadhan berdekatan yang penuh sesak ngan manusia tu. Setel je beli baju anak-anak, tengok jam dah pukul 7.00 pm. So, cepat-cepat pergi beli juadah berbuka. My asben ngan nasi beriani kambing, aku ngan roti John, murtabak n Faiz ngan Benjo. Air lak Sirap Bandung dan Oren. Dan tak lupa mineral water. Dah dapat tu semua, kami melilau carik tempat kosong. Urmm…tempat semua dah penuh n ada yang dah di’reserved’.

Apalagi, my asben ajak makan kat atas rumput karpet kat Dataran depan Maybank. Sampai sana, ramai dah orang join berbuka kat situ. Seronok plak bawak budak-budak berbuka sambil ditemani cahaya bulan. Dan ade jugak cahaya lampu kat situ. Sambil menunggu azan Maghrib, kami ternampak seorang hamba Allah membahagi-bahagi kurma yang dibawa nya dalam satu kotak. Dia juga menawarkan kepada kami. Tapi kami cakap terima kasih. Kami dah ambil kat tempat yang menyediakan kurma dan air zam-zam secara percuma sesampainya kami ke situ tadi. Cam berkelah plak rasanya makan dekat situ. Sesekali tukar lokasi tempat berbuka best jugak. Asyik makan di rumah aje. Anak-anak la yang hepi. Dapat lak lari2 kat rumput karpet yang lembut tu. Selesai jer mengisi perut, kami cepat-cepat kemas area kami lepak tu dan bergegas balik ke rumah, takut tak sempat nak solat Maghrib. Lepas ni bolehla makan sambil lepak-lepak kat dataran tu lagi.