Wednesday 20 January 2016

Setahun dah bergelar ibu tunggal..



Assalamualaikum...

Lama dah rasa nya tak jengah ke sini. Sibuk ngan kerja-kerja ofis dan jugak menguruskan anak-anak yang dah mula sekolah. Tahun ni semua dah sekolah kat satu sekolah. Senang.. Cume yang kalutnya pagi-pagi la nak menguruskan mereka . Nak kejut tido, nak suruh mandi sampaila hantar ke sekolah.., Pagi-Pagi aku dah jadi cam tarzan plus gorila kadang-kadang..hihi..  Bila dah kalut-kalut macam tu setiap hari mula la aku teringat kat abah diorang. Dulu, masa dia ade, tugas dia kejutkan anak-anak. Mula la air mata nak menitik kalu dok teringat..

Hari ni plak genap setahun dia tinggal aku. Aku bangun pagi tadi teringat waktu pagi-pagi buta aku pegi hospital masa dapat call bagitau dia tenat. Terbayang-bayang dari mula hingga akhir kejadian 20 Januari 2015. Dah setahun dia takde..aku ingat aku dapat lupekan dia sikit demi sedikit.. tapi tak.. Tiap hari tiap masa aku dapat rasa dia sentiasa ade di mana-mana ..Di dapur..kat ruang tamu..Kat dalam kereta.. kat mana-mana tempat yang pernah aku dan dia pegi..Dalam kerete, aku sangat-sangat tacing waktu aku pasang CD Surah yang dia beli dulu. Aku teringat masa dia beli CD tu dulu dari sorang lelaki yang menjaja kat shoping mall . RM 5 jer CD tu tapi bila dengar je terus mata aku berair.. Masa dia beli dulu jarang gak pasang CD tu. Terbiar je kat dalam dashboard. Sekarang baru aku tau..dia tinggal kan untuk aku.  Mulanya aku tak teringat pun pasal CD tu, adik aku la yang pasang ..dia selalu drive memalam buta. Satu malam tu , dia cakap dia lalu kat satu tempat kat Puchong, then dia terhidu satu bau yang sangat-sangat busuk. Pastu dia pasang la CD tu.. tak lama bau tu hilang..Lalu CD tu dok la dalam CD Player tu hinggalah aku dah boleh drive kereta tu..So, sekarang bila ON je radio, trus kluar suara orang mengaji.  Terima kasih abang .. g mana-mana rasa cam dia ade jer sebelah tengok aku drive.. Tak sempat gak dia nak jadi co- pilot aku. Akhirnya aku berjaya gak atasi ketakutan aku bawak kereta. Ade hikmah gak abang takde. Hurmmm..

Alhamdulillah jugak dalam masa setahun nie macam-macam rezeki yang aku terima, baik dari segi duit, sumbangan dari macam-macam orang, barang keperluan dan macam-macam lagi. Syukur sangat ..Semoga aku terus diberi kekuatan dan kesabaran yang maha tinggi untuk jaga amanah yang ditinggalkan.. mengingatkan mereka yang buat aku selalu sedih..

Dan aku cuba penuhi setiap impian mereka..supaya mereka tak rasa kekurangan tanpa sorang abah. Dan ade pulak sorang kawan yang sanggup plak nak offer jadi papa diorang .. Hihi.. Terima kasih ..Jadi papa angkat buleh la.. Kesian anak-anak aku berangan la plak tentang seorang papa. Insya Allah jika Tuhan izinkan..mereka akan bertemu..

Kata seorang Pakar Motivasi... masa adalah ubat yang paling  ampuh untuk merawat kesedihan atau kehilangan orang tersayang.. Kena redha.. Dan percaya setiap musibah yang Tuhan timpakan nanti DIA akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Itu yang aku percaya setiap kali aku rasa down.. Terima kasih Tuhan atas segalanya. Mungkin inilah yang terbaik untuk kami. 

Satu lagi kata Pakar Motivasi ini, kalau kita mahu bersedekah, niatkan sekali sedekah yang kita beri tu untuk orang yang dah meninggal dunia..Contohnya untuk suami, isteri, ibubapa dan lain-lain supaya mereka juga dapat pahala sedekah tu..

Selamat tinggal 2015.. Semoga 2016 menguatkan aku.. murahkan rezeki aku... menghapuskan air mata aku.. Kenangan yang ditinggalkan sungguh bermakna.. walaupun sebesar kuman akan terus kuingati.. Dan kepada mereka -mereka yang masih punyai orang tersayang ,hargailah tiap detik tiap saat yang kau lalui bersama mereka. Itu adalah momen indah yang kau akan kenang waktu mereka dah tiada...






Last jumpa abang bulan 12 lepas.. Al-Fatihah..Semoga sentiasa dalam rahmat dan 
CINTA -NYA












Balik Terengganu memang wajib pergi pantai..Syok gak masa pegi ni walaupun musim tengkujuh tapi cuaca masa ni elok untuk mandi -manda.. Dulu masa abang masih ada, selalu pegi lepak kat pantai ni time balik kampung....



Buai kat bawah umah mak. Seronok main buai laju-laju nih.. Bayangkan ko duk tepi pantai dan tido dalam ni..sambil anak2 buaikan..hihi.. nyaman weii.. Dan tu la yang aku buat..
 Tapi tak bleh la tepek pic kat sini..hehe






Penutup 2015.. besdey anak manja aku. Dia ni paling ingat tarikh besdey dia.. Tiap hari time dah masuk Disember..dia asyik remind aku ..Suh beli kek..So, taknak hampakan dia, aku oder kek ni..Da sampai je hari nya..pagi2 buta lagi dia bangun dengan hepi nya dan bagitau aku " hari nie besdey kakak".. Hehe.. Tapi satu jer.. Dah 2 kali abah takde waktu besdey dia.. Tahun 2014, abah masuk wad.. Tahun 2015 plak.. abah dah memang tinggal dia selamanya.. Dia nampak hepi..tapi jauh di sudut hati aku tau..dia sangat2 rindu abah,,, Semoga kakak jadi anak solehah, berjaya dunia dan akhirat serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT..