Thursday 3 March 2016

Sesat Barat..

Assalamualaikum...

Semoga kamu semua sentiasa dalam kasih sayang dan cintaNYA.. dan untuk dia jugak..semoga sentiasa bahagia di alam sana.. 

Kehidupan selalu ada kisah suka dan duka..Setiap hari akan ade ujian atau dugaan sama ada kecik atau besar.. Bermula dari celik mata hinggalah malam menjelma.. Sekarang aku dah drive pegi keje, hantar n ambik anak sekolah..tengahari pegi hantar ke sekolah agama lak.. kul 6 lebih baru la sampai umah. Penat terasa hari-hari lalui rutin ni.. Malam jer rasa tak sabar nak lelap mata.. Malam lak ada aktiviti lagi..Lepas magrib kalau ada kuliah, turun ke surau..kalau tak layan tv sekejap sementara tunggu ngantok..sambil layan anak buat homework. Weekend la masa untuk betul2 rest..rest sambil buat kerja rumah plak..hehe.. Then petang-petang kalau rajin, keluar jalan-jalan tepi tasik dekat ngan umah or bawak anak pegi beli barang dapur..Setiap hari sibuk atau lebih tepat lagi menyibukkan diri supaya tiada masa untuk terus mengenang kisah duka. Ah..Buat apa nak terus berduka, Allah kan selalu ada. Di mana-mana saja.. Kalau rindu , bawak anak-anak pegi melawat kubur dia.. Mungkin tula sebab aku tak rasa nak tukar balik kampung. Supaya senang aku dan anak-anak jenguk dia. Biarlah dulu, rezeki kat sini lagi. Sampai masa aku harus kembali ke kampung, aku akan balik..Buat masa ini aku lebih bahagia di sini. Aku ada jiran-jiran yang baik, kawan-kawan yang menyayangi, tempat tinggal yang OK, kerja yang baik.. Alhamdulillah.. Walaupun Tuhan ambik 1, Tuhan bagi aku 1001 kebahagiaan , kenikmatan.. Maka tiada sebab untuk aku terus berduka. Dah jauh plak aku melalut.. Hehe..Berbalik pada tajuk asal aku.. Sesat Barat.. 

Weekend yang lepas, niat di hati nak pergi Pekan Dengkil, nak beli tudung putih untuk Fatin. Sebelum tu ade Seminar kat Presint 8, lepas abis program tu dlm pukul 1, aku n anak-anak berkira2..nak ke Pekan Dengkil or Kedai Pakaian Sekolah kat presint 14. Tanya anak-anak, dorang cakap nak pegi Dengkil. Then aku pun gerak ke Highway cari exit ke Dengkil. Mula2 dah nampak arah ke Dengkil, Tapi ntah kenapa aku sampai ke Cyberjaya..Hehe.. Aku pening, bising aku cakap kat Fatin n Farhana. Kenapa kite sampai exit Cyberjaya kakak, mana Signboard Dengkil nih.. Haha..Panik sekejap. Sepatutnya tadi aku ikut jalan dalam..Highway ni cam ni la. Silap masuk lorong ko akan sesat barat.. Anak-anak aku pun dah risau.. Aku lagi la.. Nasib baik Highway tak sibuk sangat, then aku cari balik signboard ke Putrajaya.. nak cari U-turn.. Nasib baik aku jalan depan lagi..terus nampak Putrajaya.. Kalu tak mau sampai ke Klang dah aku hari Sabtu tu..hehe..Jalan balik Putrajaya aku nampak signboard Dengkil..Anak aku dah menjerit bagitau nampak Dengkil. Nasib baik anak2 aku co-pilot yang bagus. Diorang tolong baca signboard..Tapi dek kerana aku ter laju sikit, terlepas plak susur ke Dengkil, terus aku balik Putrajaya semula n bawak anak pegi ke Presint 14. Hihi..Lain kali la ye anak-anak kita pegi Dengkil. Agaknya hari tu Tuhan tak nak bagi kita pegi Dengkil... Dah siap membeli, balik umah rehat dan terus terlelap..hehe..Senang hidup kan takde nak mikir masak ke ape... Banyak hikmah takde laki nih.. Baru ko tau yer.. hehe..TQ Allah...