Thursday 10 October 2013

Ada Apa Dengan Wisma Putra?

 
 
Salam Jumaat..
 
Hari ni dah masuk 11 Oktober 2013. Oktober  banyak meninggalkan kenangan manis, dan tak kurang jugak pahitnya. Oktober tahun ni, genap setahun ibu-ibu mertua aku kembali kepada Yang Esa. Kenapa aku sebut ibu-ibu mertua, kenapa tak ibu mertua?hurmm.. special kan.. aku ada 2 orang ibu mertua . Dan kisah mendapat 2 ibu mertua ini juga sangat panjang. Mungkin suatu hari aku tergerak hati nak ceritakan kat sini. Tunggulah kalau ada. Semoga mereka berdua aman di sana. Amin. Kamu berdua adalah ibu-ibu yang sangat membahagiakanku. Terima kasih Tuhan kerna pinjamkan mereka walau sekejap cuma. Ah! Rindu pulak kemesraan dan kasih sayang mereka.
 
Oktober jugak bulan kelahiran aku. Belum tiba pun harinya. Semoga ada sesuatu yang baik menanti di hari kelahiran ku yang ke 32 ni.Amin. Dah melalut ke hari lahir dah pulak aku ni. Dah lari dari tajuk ni..
 
Gambar kat bawah adalah pemandangan dari tingkap ofis aku sekarang. Bangunan yang tersergam indah atas bukit tu adalah Wisma Putra atau lebih dikenali dengan Kementerian Luar Negeri. Apa yang aku tau, kalau ada apa saja urusan melibatkan luar negeri kat situlah tempatnya. Apa yang aku nak citer sekarang buat berkenaan Wisma Putra, tapi.. berkenaan tingkap yang aku tengok pemandangan tu.
 
Entah berapa lama lagi aku boleh lihat Wisma Putra dari tingkap tu.. kerana tak lama lagi tugas aku akan berakhir  kat sini. Dan mungkin aku akan ditransfer ke jabatan lain, atau seksyen lain. Mesti aku akan rindu nak tengok tasik dan pemandangan dari tingkap tu...
 
 



 
 
Sangat menyejukkan mata memandang kan? kalau hari hujan lagi aku seronok pandang ke tingkap tu... Aku akan merindui tingkap ni mulai tahun depan. Insya Allah mulai tahun depan, post aku di Seksyen ni berakhir. Oh! aku dah mula merindui segalanya yang pernah dilalui di sini.. 4 tahun sekejapnya berlalu..
 
 



Wednesday 9 October 2013

Permainan Budak-Budak Zaman Sekarang ....




Zaman budak aku dan zaman budak anak-anak aku sangatlah jauh beza. Dulu, kalau aku nak tengok taman permainan macam ni adalah kat tabika KEMAS kat kampung aku. Itupun takde la secantik dan sebesar ini. Sekarang di mana-mana pun dah boleh jumpa yang macam ni. Terutama kat tempat tinggal aku sekarang. Setiap hari minggu mesti diorang nak main kat sini kecuali hari hujan. Dudukla diorang kat dalam rumah sambil tengok TV ataupun tengok citer Upin Ipin kat tab abah diorang. Kekadang rasa kesian plak ngan bebudak zaman sekarang. Termasuk la anak aku 3 orang. Terkurung dalam rumah batu yang takde laman tu. Tu yang kalau dengar je kata nak balik kampung terus diorang melompat-lompat kesukaan. Setiap hari diorang mesti akan tanya, berapa hari lagi nak balik kampung. Nampak sangat diorang bosan tahap gaban. Sori sayang-sayang ummi.. Ummi tak dapat bawak korang balik kampung selalu. Masa dan kewangan yang tak mengizinkan. Kalaulah Abah ngan Ummi ni hari-hari cop duit, mesti setiap hujung minggu kita bleh terbang balik kampung. hehe.



Ni, taman permainan  atas bukit kat Hotel Shangrila Putrajaya. Suke bebenor diorang datang sini. hari ni, siap bawak bekal kentang goreng lagi..



Tinggi jugak sebenarnya tempat yang diorang panjat tu.



 
Tengok diorang main seronok jer.. Teringin plak jadi kecik macam diorang n panjat-panjat atas tu.. hehe



Lulus dan Kandas


Salam.


Alhamdulillah. Syukur sangat dengan result yang aku dapat. Bila aku dapat tau je pasal result exam dah kluar, terus hati  aku berdebar kencang. Terus aku terjah Website JPA. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Bukan result aku yang mengecewakan, tapi server JPA yang sangatlah lembab. Bayangkan 27k yang bukak web tu untuk check result. hehe. Punyelah teruja nak check result yer korang2 semua.

Masuk minggu Ke2, masih lagi macam tu gak website tu. Langsung tak dapat ditembusi. Plak tu kawan ofis yang sama-sama pergi exam tu, dah tau result dia. Lagi la aku geram ngan JPA nih. Dek kerana ketidaksabaran yang melampau, aku try kol pihak JPA. Takut jugak sebenarnya. Takut kecewa ngan result aku. Jeng..Jeng..Jeng..  ce tengok kat bawah.. Terus aku tersenyum bahagia. Syukur Alhamdulillah.Terima Kasih Tuhan. Maknanya aku akan mengulang 1 paper jer tahun depan. Nak tau pasal exam yang aku post ni, boleh la klik sini.