Tuesday 28 January 2014

Selamat Tinggal Masam Manis 2013

Rasa lucu plak baca tajuk entri ni. Macam Ikan Bawal Masam Manis. Kalau baca ikut Omputih lak Gud Bye Sweet Sour 2013. Hehehe.Gelak sendiri . Mengenangkan 2013, macam-macam kisah ada. Bermula ngan kisah manis, dimana aku mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang. Alhamdulillah Syukur sangat. Tak pernah termimpi pun nak dapat anugerah ini dalam masa baru 5 tahun bekerja ngan gomen. Dan sebagai seorang pekerja bawahan ,  bila diberi anugerah ini, rasa sangat2 dihargai oleh boss. Terima kasih boss. Semoga bertambah murah rezeki boss. Aku hanya menjalankan tugas yang diamanahkan dan sebagai pulangannya aku dapat gaji. Itu dah memadai. Menolong Encik Hubby mencari rezeki untuk keluarga kami. Itulah nawaitu aku ketika mula-mula dapat kerja gomen. Ya Allah Permudahkan Urusan Aku seharian. Amin.

Beberapa bulan selepas majlis APC berlalu, aku ambik satu Exam untuk kenaikan pangkat. Saje test nasib. Exam ni dalam bentuk essei, tapi boleh tengok buku. Masalahnya masa singkat , jawapan plak macam karangan. Krem tangan aku waktu exam berlangsung. Soalan exam ni ade 6, pilih 4 je.. ( masa 3 jam pun tak cukup hehe)  Soalan dia sangatlah mengelirukan. Abis masa ngan kekonfiusan dan selak buku, tak jumpe cari dalam bab apa jawapan tu terletak. 3 hari exam. Stress sangat sebab dah lame tak ber 'exam' ni.. Tulisan dah mengalahkan cakar ayam.. tak berapa yakin pun nak lulus ketiga-tiga subjek tu. Aku cume berharap aku lulus salah satu paper tu.. Then beberapa bulan lepas tu, result kuar, aku tak boleh check plak result. Sistem online tu dah biol. Agaknya berjuta-juta lemon orang nak check result sampaikan aku tak boleh bukak system. Aku tunggu lagi 2 minggu selepas tu.. kawan yang exam skali ngan aku dah tau result. Kesabaran aku tunggu result tu berbaloi gak akhirnya. Aku lulus 2 paper. So, aku kene mengulang 1 paper lagi.  Apa yang aku tau, ade sesetengah kawan ambik exam tu ambik masa bertahun2 nak lulus. Kira rezeki aku la tu.. Alhamdulillah.

Dalam hidup ni tak seronok kan kalau semuanya indah jer.. Orang kata pahit , manis, masin  .. Tu semua adalah rencah kehidupan.. Semua yang baik dan juga buruk ade hikmahnya tersendiri.

Penghujung tahun lepas, sekali lagi Encik Hubby dimasukkan ke wad. Penghujung tahun 2012 pun dia masuk wad jugak.. Kenapa sering diuji macam gini setiap kali akhir tahun.  Buah pinggang En. Hubby ada problem. Dalam badan dia terlebih air dan air tu dah memasuki paru-paru dia  , so paru-paru tak dapat bekerja dengan baik dan perlukan bantuan oksigen. Selama seminggu jugak aku ulang -alik ke HPJ. Alhamdulillah En. Hubby dah sihat semula tapi kene buat follow up ngan Hospital lagi selepas ni. Semoga terus diberi kesihatan yang baik Hubby. Tapi kamu sangat degil kan.. masih lagi tak melupakan tabiat kamu yang satu itu iaitu merokok. Hurmm..



 
 

 
 
 
 
 
Selamat tinggal 2013. Semoga tahun baru 2014, rezeki kami bertambah. Mana tau rezeki anak lagi ke..Mana tau dapat baby boy idaman En. Hubby. Amin.
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Thursday 23 January 2014

Bunga Api Detik 12 Malam

Salam.
 
Dah nak masuk February 2014, boleh lagi ke update pasal tahun 2013? Hehe.. Ampun Blog.. Akhir-akhir ni, aku rasa masa bukan lagi berjalan..tapi dah berlari sehinggakan aku tak sempat nak kejar.. Huh! semput aku rasa dengan kerja-kerja ofis yang tak berhenti , meeting yang tak berkesudahan. (Bukan aku yang meeting, aku hanya kuli di ofis ni) .Tunggu masa jer nak ca alif but dari ofis ni.. Sedih plak rasenya nak tinggalkan ofis ni, setelah 5 tahun kat sini.. Banyak kenangan pahit manis , masam masin.. hehe..
 
Korang pernah ke tengok bunga api malam tahun baru? Hurmm.. maksud aku tengok live di dataran di mana ribuan atau jutaan manusia menunggu detik 12 malam. Sejujurnya aku pernah teringin nak tengok live, tapi setakat ni belum tercapai lagi hajat aku tu.. tengok dari kejauhan ade la.. walaupun tengok dari jauh, tapi rasa teruja amat..
 
 
Tu dia... bunga api yang ke berapa ntah..

 
Ni macam planet mengelilingi matahari..

 
Walaupun tengok dari balkoni rumah di tingkat 6, tapi tetap puas hati jugak..  Bunga api tu kira-kira 5km kot dari rumah aku . Kalau tak silap aku setiap tahun ada bunga api kat Putrajaya, tapi malam tahun baru 2014 baru aku berkesempatan tengok. Itupun sebab aku masih belum tido time detik 12 malam..hehe.. tq Encik Hubby sudi temankan kite tengok bunga api..