Friday, 17 February 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan...

Macam best je Filem nie.. ehemm





Sinopsis :

Kisah cinta pada pandngan pertama Arini dan Pras begitu indah. Pernikahan yang kemudian terwujud mendatangkan kebahagian lain dengan hadirnya Nadia (buah cinta keduanya). Sosok Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini, berbagai kisah perselingkuhan yang dialami perempuan di sekelilingnya termasuk sahabat dekatnya,tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Demi mewujudkan rumah agar senantiasa menjadi syurga cintanya dan Pras, Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai Ibu dan Istri.
Tetapi perjalanan takdir kemudian berujung ujian bagi cinta Arini dan Pras. Pernikahan mereka diuji setelah Pras menolong seorang gadis yang mengalami kritis karena kecelakaan. Suatu hari dalam perjalanan menuju kantor, Pras harus menolong sebuah mobil yang mengalami kecelakaan.
Bisakah cinta bertahan, setelah janji-janji untuk setia tak lagi ditepati? Apa yang harus dilakukan seorang perempuan ketika sosok yang paling dicintainya seolah menemukan tambatan baru bagi hati?
Sebuah kisah menyentuh yang membuat kita berpikir ulang tentang cinta, kesetiaan dan takdir serta ujian yang harus dikalahkan.


Laudya Cynthia Bella ft Wafda - Surga Yang Kurindukan

Awan hitam bergulung-gulung
Mengabarkan berita pahit
Aku harus gimana pada cintaku

Bisakah aku jadi langit
Biar ku lindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu

Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

Bisakah aku jadi langit
Biar kulindungi mendungmu
Tak kubiarkan duka berkawan denganmu
Biarkan hatiku bertudung
Menutupi kenyataanku
Menangis sekaligus tersenyum
Pada takdirku

Tak bisa kau paksa cintaku
Berpindah kepada yang lain
Sampai nafasku habis
Ku mau denganmu

Inilah surga yang kurindukan
Memastikan kau baik-baik saja
Walaupun kita tak bersama lagi
Kenanglah aku
Cinta....

Wednesday, 15 February 2017

Pagi-Pagi Dah Kupas Bawang...

Ujian datang silih berganti. Tanpa henti. Selagi kau bernama manusia, selagi tu kau diuji. Setiap hari memang ada ujian menanti. Celik je mata , kau kena kuat mental dan fizikal. Ujian yang paling buat aku rasa penat pagi-pagi bila menghadap ragam anak-anak time nak ke sekolah. Tiga orang budak kecik nie memang selalu menguji aku. Antara mereka bertiga, Fatin si bongsu aku yang paling minima tahap meragam dia. So, bila yang dua lagi buat hal, Fatin akan buat aku jadi kuat. Tapi pagi nie memang buat aku menangis dalam kereta lepas dorang selamat masuk pagar sekolah.

Pagi tadi, tak tau la kenapa henpon aku tak kejut aku macam selalu. Aku tido mati malam tadi. Coz malam tadi tak dapat tido memikirkan  mak kat kampung. Aku terjaga bila dengar suara bilal kat surau baca doa lepas Solat Subuh. Tengok jam henpon, pukul 6.40 a.m. Hahaha terus aku tergelak jap dalam hati. Dah kenapa ko tak kejut aku jam oii.. Aku tengok henpon tu, memang aku set alarm kul 5.30 a.m mcm biasa. Terus kejut anak-anak. Yang Faiz lak, malam tadi dia dah suruh aku kejut awal dalam kul 6.00 . So, mengamuk la bila aku bagitau dah dekat pukul 7.00. Lambat-lambat masuk bilik air.. sambil bebel-bebel. Then bila dia dah siap, adik-adik masih lagi terhegeh-hegeh lagi la dia nak mengamuk. Dalam pukul 7.20 pagi baru turun kat kereta dan terus pecut. Selamat semua pegi sekolah hari nie. Alhamdulillah. Sampai je kat sekolah rasa lega sangat. Lepas dorang masuk pagar, aku lepak jap dalam kereta. Tadi aku rasa macam tak cukup nafas , lelah, penat...

Tetiba , aku dengar orang menjerit kat kereta belakang aku. Aku tengok kat cermin belakang. Astagfirullahhalazim.. suara siapakah menjerit marah-marah kat belakang. Seorang mak marah-marah kat ank perempuan dia, darjah 1, tak nak kluar dari kereta. Dan kat tepi pintu kereta abang budak perempuan tu cuba tarik si adik keluar kereta. Budak tu degil gak tak nak keluar kereta. Dan aku selalu gak diuji situasi macam tu . Tapi Alhamdulillah aku takde la sampai menjerit-jerit sampai semua orang dengar.Aku terbayangkan aku sedang marah-marah Fatin, manakala Faiz tarik dia keluar pintu. Menitik air mata aku. Akhirnya budak tu keluar dan aku lihat si abang sepak plak kaki adiknya suruh jalan . Ya Allah..aku rasa macam tak sanggup lagi nak tengok.

Akhirnya mak si budak tu keluar kereta dan suruh anak-anak dia masuk pagar sekolah. Aku dah tak tahan tengok budak perempuan tu pegang kaki yang disepak abangnya sambil melalak. Aku start kereta sambil tahan air mata yang akhirnya keluar jugak . Bawak kereta ditemani air mata la pagi ni.. 

Ya Allah..Kuatkan hatiku dalam menghadapi ragam anak-anakku. Berikan aku kesabaran yang tinggi.  Jadikan aku seorang ibu yang penyayang. Jadikan anak-anakku , anak yang cemerlang dunia dan akhirat. Aminn. 

Dua Tahun 27 hari...

Assalamualaikum...

Lama sangat dah rasanya tak jenguk kat sini..

Kesibukan ntah ape-ape..

Banyak sekali kisah suka duka akhir-akhir ni...

Tetiba hari nie terdetik nak jengah..

Tuhan...

Aku Rindu..

Rindu pada yang telah pergi..

Pergi sementara...

Dan jugak pergi selamanya..

Al-Fatihah untuk mereka semua...

Tuhan..

Bawalah aku ke sana...





Wednesday, 28 September 2016

Selamat Hari Lahir Ary...

Assalamualaikum..

Rasa macam dah berkurun tak jengah ke sini.. Mood lari ke Planet Marikh jap.. Hihi..

Akhir-akhir ni macam banyak sangat benda yang mengganggu fikiran..membuat diri rasa macam lemah dan lemah sehingga rasa macam nak jatuh terduduk dah.. Bila fikir-fikir balik..Ujian sebenarnya menguatkan kita bukan melemahkan..So, duk diam-diam ..solat banyak-banyak , doa, baca quran supaya jiwa kuat semula..hiburkan hati sendiri..hati anak-anak.. Setiap kesulitan pasti ade kemudahan kan..So, skang baru mood tu dah marii..Hehe..ni pun throwback je ..Kisah dua orang budak yang tersangat hepi dapat meraikan besday seorang teman.. aka jiran sebelah umah.. Mak si Ary ni jiran sebelah umah dan jugak teman satu pejabat, satu bahagian plak.. Hihi..Masa lapor diri hari tu, dia la yang introduce kan aku kat bos dan sume staff lain..Yang special nya besday 3 anak dia buat sekaligus masa hari kejadian. Besday Ary, Iman dan Amal..

Kisah 20 Ogos yang lepas..




Ary ngan Iman.... Amal si bongsu ada ngan mama nya..asik berkepit jer..
















Thank you Ros jemput kitorang , Ummi pun tumpang hepi tengok anak-anak hepi. Semoga Allah sentiasa merahmati mu sekeluarga Ros. Aminnn.