Thursday 29 August 2013

Cerita Raya Part II 2013

Salam.


Hari ni dah masuk 22 Syawal. Malasnya nak update blog. Dulu masa takde blog sibuk sangat nak blog bagai.Sekarang dah ade, pemalas plak ko yer.
 
 
Disebabkan kemalasan melanda, ni nak citer sikit je pasal raya kat kampung hari tu. Mane lagi kalau bukan kampungku yang tercinta di Kampung Tok Jiring kat Terengganu.
 
 
Raya kali ni tak berapa nak hepi sebab berlaku beberapa insiden yang tak diingini. Insiden pertama , pada hari raya kedua my asben jatuh sakit. Dia sememangnya ade penyakit darah tinggi n kencing manis. Masa kejadian, dia kat rumah ayahnya di Kampung Pulau Musang. Ada la dalam 5km kot dari kampung aku. Lepas makan ubat, Alhamdulillah dia ok. Dapatlah dia join aktiviti masak-memasak untuk kenduri tahlil pada hari raya ketiga di rumah mak aku.
 
 
Raya ke 4 plak, tetiba kul 5 pagi, Ada panggilan masuk ke henpon asben aku. Panggilan dari anak saudara beliau yang memberitahu bahawa ayah beliau pitam kat dalam bilik air. Bergegaslah asben aku ke rumah ayah beliau dan seterusnya ke hospital menghantar si ayah. Raya ke 5 , kami sepatutnya bertolak balik ke Putrajaya selepas Subuh. Tapi plan kami tertunda sehingga asben aku mendapat berita yang ayah beliau dah stabil. Jadi tengahari tu, kami bertolak balik ke Putrajaya dan selamat sampai pada pukul 8 malam. 
 
 
 
Gambar pada hari raya pertama. Tu pun tak cukup ahli sorang. Si abang takde masa gambar ni diambil. Mane la ko pegi time ni nak.. Takkan dah pegi mengutip duit raya.. hehe
 
 
Gambar ke2 ni lak kenangan ngan mak n ayah serta adik bongsu. Hope Mak n Ayah terus diberi kesihatan yang baik. Amin.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment