Tuesday 26 November 2013

Ber Sungai Congkak Sempena Cuti Maal Hijrah


Salam..

Dah lama jugak tak post entri kat sini. Sejak akhir -akhir ni kebizian melanda ofis aku. Nasib aku tak kena buat OT. Dah nak hujung-hujung tahun ni banyak lak program diorang nak buat. Nak abiskan bajet kot.hehe. Dan aku mula lah menyibuk skali. Yang nak story nya pasal Cuti Maal Hjrah yang lepas. My kak ipar  ajak g berjimba kat Sungai Congkak. Sebenarnya aku jenis tak suka ngan plan last minute. Tapi, fikir balik. Kalau tak pegi, bila lagi aku nak pegi. So, pada hari kejadian, baru la bagitau anak-anak suh bersiap nak g mandi kat Sungai Congkak. Si kakak Farhana dgn muka nak menangis dia tu cakap ..ummi, cane nak mandi, kakak takde baju mandi..Alahai anak.. last -last pujuk dia..cakap kat dia.. yg kazen dia Aqilah pun takde baju mandi, so..muka dia berseri2 semula. Then siap2 , bawak bekal skit terus gerak dalam kul 10 pg. Then kul 11 pg sampai setelah berpusing2 cari Signboard Sg. Congkak yang letaknya di hujung kampung Hulu Langat.

Sampai jer sana, cuaca mendung jer..macam nak ujan. memang pagi sebelum bertolak tu dah hujan gerimis. Sambil2 nak carik tempat parking tu, (parking tepi2 jalan jer, kereta dah bersusun di tepi kiri dan kanan jalan, sungai tu plk disepanjang jalan ) ternampak la my SIS n anak2 dia berendam dalam sungai tu.

Apalagi, anak2 aku yang memang tak penah mandi sungai menggelupur  nak terjun sungai. hehe. Anak2 abang aku dah biasa  ngan aktiviti mandi manda ni. Kolam ke, sungai or pantai, semua diorang dah terjah. Alahai jakun plak anak2 aku ni. Nak wat cane, lahir pun kat bandar, kecuali Si abang. Dia lahir kat Terengganu.
Hurmm.. kat Sg Congkak ni, aku tengok kemudahan yang disediakan OK jugak la. Kawasan persekitaran dia bersih. Ade pondok untuk berehat, tandas dan tempat salin pakaian . Kalau nak buat barbeku pun boleh. Caj yang dikenakan pun berpatutan. Kalau korang nak booking pun boleh. Call jer nombor yang tertera kat bawah...

Pondok Mak Lang. Tapi masa aku pergi Pak Lang je ade. Mak Lang nya takde plk.


                                  

Tenang jer tengok air mengalir kat sini..Hilang tension sekejap. 


                                  

Ni Pak Cik diorang yang rajin melayan bebudak ni mandi. Seronoknya diorang mandi. Mesti pagi tu tak mandi kan ?

                                 

Ni pondok yang kitorang duk melepak. Makan-makan n salin baju kat situ. Si Debab Alisha sempat tido lagi kat pondok tu. Nampak jer macam tu, sewa dia RM 50 gak tau..


                                 


Bestnya diorang. Siap tido lagi dalam air tu.


                                 

Ni aku sebelum dan selepas kejadian.
Menyesal aku tak bawak baju mandi. Jeles plak tengok diorang mandi- manda sakan.