Tuesday 18 November 2014

Farhana Dah Konvo !

Salam..


Alhamdulillah ..Kakak Farhana dah selamat Konvo.. Seronok tengok budak2 Prasekolah pakai Jubah Konvo. Aku dulu masa sekolah Tabika mana ade Majlis Graduasi ni sume. Seronok tengok dia tersengih2 naik pentas and terima sijil dari Guru Besar SKPP 9(2). Hehe..aku pun bangga n berangan sekejap .. lagi 20 tahun akan datang aku sekali lagi akan melalui situasi yang sama..melihat Farhana naik pentas dengan Jubah tu.. Insyaallah Kakak.. AMIN.








Wednesday 1 October 2014

Hello Oktober, Babai September 2014

Salam.

Hari ni dah pun 2 Oktober. Cepat jer masa berlalu. Tapi kisah di bulan September masih lagi di ingatan. Kisah yang dah basi pun sebenarnya. Hehe.

Sejak kerja kat KKMM, banyak jer aktiviti yang kene paksa join. Aku plak duk kat Bahagian Khidmat Pengurusan, macam2 program lak  diorang buat. Nak tak nak kene la ikut arahan Boss.. Tapi seronok jugak.. sebab bukan kene bayar pon. Just pergi n join  aktiviti tu jer..




Program Kibar Jalur Gemilang. Program ni Bulan Ogos sebenarnya. Pagi2 dah kene datang kat Dataran Istana Kehakiman untuk Program Perasmian Bulan Kemerdekaan.



Ramai sangat manusia . Aku pulak berdiri jauh kat belakang. Masa ni PM tengah berucap. Aku tengok kat skrin je la.. 


Untungnya budak ni. Anak sapa la kan. Budak ni ditugaskan untuk menyerahkan Bendera Jalur Gemilang kepada PM sebagai simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan.



Ni la budaknya. Wajah dia terpampang di banner kat tepi-tepi jalan sewaktu kempen Bulan Kemerdekaan berjalan. 



31 Ogos hari tu KKMM jadi Urusetia Hari Kebangsaan, maka sibuklah pulak warga KKMM bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran hari tersebut. Nasib baik aku tak diwajibkan bertugas. Kalu tak masak la aku kul 3 pagi dah kene terpacak kat Dataran Merdeka. 


Ramainya umat manusia datang memeriahkan Hari Kebangsaan Ke- 57. Aku tengok kat TV je. Teringin jugak nak tengok LIVE. Harap satu hari jadi le kenyataan keteringinan aku tu..Hehe..








Gambar-gambar ni sebenarnya Ihsan dari FB KKMM. TQVM FB KKMM. Hehe. 




Merdeka! Merdeka! Merdeka!






KL Converge @PICC . Program ni anjuran SKMM bersama KKMM yang disertai pelbagai syarikat telekomunikasi dalam dan luar negara.












  Seronok budak-budak Badut ni bila diajak bergambar. Hehe.


Yang Serba Kuning tu aku tak tau apekah.. Hihi



Penat berjalan.Rest la jap.Saja jalan-jalan g makan angin kat PICC ni. Stress ngan udara opis.. Lain kali buat la lagi program kat luar opis Boss..Leh la kami berjalan-jalan lagi..Hehe.


Sekian... Daaa














Monday 8 September 2014

Syawal Dah Abis Oii !! Episod 2

Syawal kali ni ada episod rupanya.. Episod 2 ni Raya di ofis aku la pulak.. Tahun ni beraya kat ofis baru.. Suasana baru n kawan -kawan baru.. Teringat plak kenangan beraya kat ofis lama ku. huhu.. Yang paling aku ingat part dapat duit raya dari seorang pegawai tu.. Walupun dia tu cam garang skit, tapi hati dia baik .hehe.. Kalau pegawai lain bagi kat anak2, tapi dia ni bagi kat Staff. Bila dah pindah ofis ni, takde la dia nak bagi lagi..Tapi rezeki kat ofis baru ni pun ape kurangnya. Bos n pegawai kat sini pun ade gak bagi duit raya. Alhamdulillah.. Semoga bos n pegawai yang bagi duit raya tu murah rezeki selalu. Amin. 

Layan je la gambar2 hari kejadian. 



Tengah buat2 sibuk .Hias gerai makanan. Hehehe.. Ini MerdekaRaya namanya..
Jamuan raya tahun ni tak se grand macam tahun2 lepas. Buat untuk staff n agensi bawah kementerian jer.. Sebagai menghormati kejadian Kapal Terbang yang terhempas . Ok jugak buat simple2 jer.. Kos pun boleh dijimatkan


Posing jap ngan kengkawan yang sama2 terlibat hias gerai . Dah start majlis aku cabut lari , pasal apa, kalau aku tunggu kat gerai tu melayan tetamu, konpem aku tak dapat makanan dari gerai2 lain. Hehehe. Gambar masa berlangsungnya majlis pun aku tak sempat snap



Ni pulak , jamuan raya di BKP, Ofis aku. Banyak giler makanan, siap ngan tapai n ketupat yang diimport khas dari Kelantan.


Tapai!..Teringat tapai air tangan mak yang tak pernah miss setiap kali raya ...


Ketupat palas.. from negeri Cik Siti Wan Kembang.. kebetulan ada staff kat sini org Kelate, diala yang import ketupat palas n tapai dari kampung dia.. 



Mee kari n nasi ayam sedap hingga menjilat jari..Hehe..





Bersama Wani, sejak masuk BKP, dengan dia la aku ke hulu ke hilir.. Kami sama2 muka baru kat BKP. Maybe itu yang boleh ngam. Kaki Library macam aku jugak.




Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.....



Wednesday 3 September 2014

Syawal Dah Abis Oii !!

Assalamualaikum...

Dah lama blog aku ni terbiar sepi.. Maybe 'kebizian' di opis leh dijadikan alasan wajib. Yang sebenarnya boleh jer curik2 blog time opis, tapi mood tu ke laut.. tu yang terbiar sepi je.. 
Ni baru terasa rajin balik.. hehe..Hari ni dah masuk bulan September.. Kejap jer masa berlalu kan.. Rindu plak dengan masa- masa yang ditinggalkan.. Walaupun Ogos dah berlalu , tapi cerita bulan Ogos tak mungkin dilupakan.Yang best semestinya Raya Aidilfitri. Walaupun kebelakangan ni, setiap kali Raya, En.Hubby tak sihat. Tapi dalam tak sihat, masih lagi nak beraya sana -sini , masih lagi nak join open house.. dan berkunjung rumah sedara mara. 

Alhamdulillah jugak.. Tahun ni aku masih lagi diberi kesempatan ber Hari Raya dengan insan-insan tersayang.. mak , ayah n adik -beradik. Dan sempat gak ber 'selfie ngan diorang.. hehe..







Dua beradik testing baju raya .. Muka hepi tak sabar nak balik kampung ..


" Adik minta maap dari hujung tudung sampai hujung kaki eh ". 


Hik.Hik. Tengah siap sedia nak g beraya. Ni ape kes susun kasut kat situ anak hoi!




Part salam mak semestinya part yang paling ditunggu2.. Part salam ngan ayah takde gambar lak tahun ni.. 


Gambar 1 famili semestinya ada kan.. Tahun ni raya berlima .. Insyaallah tahun-tahun akan datang semoga bertambah lagi ahli keluarga.. Amin..




Berbuaian ngan anak-anak. Abah diorang time ni tak ikut beraya. Dah penat beraya, so dia balik lepak kat rumah lak. Ni rumah yang ke -6 kot, patut la abah diorang dah penat hehe. 


Tak sampai separuh ber'selfie' .. baru suku je ni . Insyaallah Syawal tahun depan leh selfie ramai2 . Tahun ni famili abang beraya kat Johor.. Tu yang rase cam kurang meriah.. 

.
.
.
.
OK. Bai.






Tuesday 6 May 2014

Aduhai Farhana Sayang....

Assalamualaikum.

Macam-macam la telatah dan ragam anak kedua aku ni yang kadangkala sangat menduga kesabaran aku.  Minggu lepas Cikgu Prasekolah dia bagi tag nama untuk dijahit kat baju uniform dia. Dia balik sekolah, tunjuk la kat Ummi dia , beberapa keping tag nama sambil suruh aku jahit kat baju dia. Lepas tu malam Ahad tu, siap la terletak elok kat uniform dia. Pagi Isnin tu Farhana ambik baju and belek-belek. Sambil cakap, " Ummi, Cikgu suruh jahit dua, atas dan bawah lencana. "

Ah sudah.. Aku dah la dah lewat nak bersiap pergi ofis, Puas aku bagitau dia, tapi tak nak dengar and mula mengamuk. Tak makan pujuk plak dia ni. Selalu dengar cakap. Sudahnya tak tahan dengar melalak di pagi hari, aku jahit la jugak satu lagi. Jahit simple jer, sebab aku tau nanti balik sekolah dia akan suh aku bukak balik. Cume syarat jer tak nak bagi dia melalak. Huh ! Ok. terus diam dan pergi sekolah dengan senang hati. 



 Farhana kat Prasekolah. Gambar ni masa 1st day kat sekolah awal tahun hari tu.



 Farhana n kengkawan.



Gambar ni Cikgu Dahlia yang WhatsApp kat aku. Cikgu plak tengahari baru perasan baju anak aku ni pelik semacam.. hehe.. Aku suh Cikgu tu bagi tau Farhana supaya lekatkan satu jer tag nama. Farhana ni kalu Cikgu yang cakap dia akan dengar n percaya. Sabo je lah.

Aku balik jer dari ofis petang tu, terus dia bagitau aku, Cikgu suh bukak 1 tag nama, hah! kan Ummi dah cakap, tak nak dengar, tersengih2 plak yer..

Tuesday 15 April 2014

Bila Tiba ..

Assalamualaikum..

Pepagi Selasa ni, entah kenapa dengar lagu ni kat pc member sebelah tetiba tersentuh plak ngan lirik dia.. Terus gugel lagu n lirik dia dan dengar berkali2.. teringat kat Mr F. Mr. F seringkali sebut pasal MATI.  Memangla mati tak mengenal siapa dan bila, dimana .. Tapi bukan sekarang Mr. F..


Bila Tiba - Ungu.. layannn..

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati





Tuesday 1 April 2014

1 April , Genap 44 hari

Assalamualaikum...

Hari ni genap 44 hari aku kat opis baru , iaitu Kementerian Komunikasi & Multimedia ataupun nama lama dia Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. 


Alhamdulillah.. 


Sekejapan jer masa berlalu, rasa cam baru semalam bergelak ketawa ngan teman-teman kat EPU. Sesungguhnya yang terindah tu hanya sementara.  





My Ex- Boss yang sangat2 baik. Walaupun jarang berurusan dengan dia, tapi kebaikan dan sifat keibuan dia sangat terkesan dihati. Sampaikan aku menangis teresak-esak saat terakhir aku kat SKE. Bile dia cium n peluk aku ketat2 tu yang buatkan aku menangis tak henti2. Thanks a lot Puan Azizah. Semoga puan sentiasa dalam rahmat-NYA.



With Ina.. time raya 2013.


With Kak Jamiah, time jadi urusetia seminar.



Aku, Syieda n Kak Jamiah.


 Tengah hepi-hepi balut hadiah besday untuk SKE.



Ingat lagi, masa ni Syieda bergambar ngan hadiah ni dan berharap sangat dia akan dapat cabutan No. 10.


And, bila tiba masanya, aku yang mendapatnya. Hadiahnya adalah Frame Gambar. 
Jangan marah ye sayang. 



Ni gambar tahun bila tak ingat. Dapat Suprise di Hari Lahir aku from Puan Khidayu. Tak sangka pegawai yang tegas n strict skit ni bagi donut kat aku. Thanks Puan. Semoga murah rezeki puan.


Time Besday aku tahun 2012. Kat SKE, kami akan raikan besdey staff .Disambut beramai2 mengikut bulan kelahiran memasing. Selalunya majlis ni didahulukan dengan majlis bacaan Yasin. 


Ini dia para besdey boy n girl. Mereka2 ni lahir dalam bulan September and Oktober kalau tak silap.



Staff Seksyen K-Ekonomi. Ada di antara mereka ni dahpun bertukar ke jabatan lain termasuk la Aku.


Persiapan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kat UPE. Huhu.. Tiada lagi aku di sana. 
Raya tahun ni, ntah apa menu gerai SKE. 



Waaa.. Aku akan merindui saat-saat manis bersama kalian. Kalian sentiasa dalam ingatan.