Wednesday 1 October 2014

Hello Oktober, Babai September 2014

Salam.

Hari ni dah pun 2 Oktober. Cepat jer masa berlalu. Tapi kisah di bulan September masih lagi di ingatan. Kisah yang dah basi pun sebenarnya. Hehe.

Sejak kerja kat KKMM, banyak jer aktiviti yang kene paksa join. Aku plak duk kat Bahagian Khidmat Pengurusan, macam2 program lak  diorang buat. Nak tak nak kene la ikut arahan Boss.. Tapi seronok jugak.. sebab bukan kene bayar pon. Just pergi n join  aktiviti tu jer..




Program Kibar Jalur Gemilang. Program ni Bulan Ogos sebenarnya. Pagi2 dah kene datang kat Dataran Istana Kehakiman untuk Program Perasmian Bulan Kemerdekaan.



Ramai sangat manusia . Aku pulak berdiri jauh kat belakang. Masa ni PM tengah berucap. Aku tengok kat skrin je la.. 


Untungnya budak ni. Anak sapa la kan. Budak ni ditugaskan untuk menyerahkan Bendera Jalur Gemilang kepada PM sebagai simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan.



Ni la budaknya. Wajah dia terpampang di banner kat tepi-tepi jalan sewaktu kempen Bulan Kemerdekaan berjalan. 



31 Ogos hari tu KKMM jadi Urusetia Hari Kebangsaan, maka sibuklah pulak warga KKMM bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran hari tersebut. Nasib baik aku tak diwajibkan bertugas. Kalu tak masak la aku kul 3 pagi dah kene terpacak kat Dataran Merdeka. 


Ramainya umat manusia datang memeriahkan Hari Kebangsaan Ke- 57. Aku tengok kat TV je. Teringin jugak nak tengok LIVE. Harap satu hari jadi le kenyataan keteringinan aku tu..Hehe..








Gambar-gambar ni sebenarnya Ihsan dari FB KKMM. TQVM FB KKMM. Hehe. 




Merdeka! Merdeka! Merdeka!






KL Converge @PICC . Program ni anjuran SKMM bersama KKMM yang disertai pelbagai syarikat telekomunikasi dalam dan luar negara.












  Seronok budak-budak Badut ni bila diajak bergambar. Hehe.


Yang Serba Kuning tu aku tak tau apekah.. Hihi



Penat berjalan.Rest la jap.Saja jalan-jalan g makan angin kat PICC ni. Stress ngan udara opis.. Lain kali buat la lagi program kat luar opis Boss..Leh la kami berjalan-jalan lagi..Hehe.


Sekian... Daaa