Tuesday, 24 November 2015

Kejap jer masa berlalu..dekat nak setahun dah DIA pergi..

Assalamualaikum...

Lame jugak tak jenguk kat sini..Akhir tahun aku mula bzi ngan kerja-kerja closing akaun kat ofis. Dah masuk 2 tahun sejak keje kat sini..gini la situasi bila dah masuk bulan 11 dan berakhir pada bulan 12. Huh lega bila setel semuanya pada akhir Disember. Merdeka! Lepas tu boleh la apply cuti balik kampung.

Sabtu yang lepas, aku n anak-anak melawat arwah. Dah lama jugak tak pegi baca Yassin kat kubur arwah.Dalam 2 bulan camtu..rasa cam lama sangat tak jumpa dia.  Farhana siap buat frame famili tampal kat kertas n hias cantik2.. Katanya nak bawak jumpa abah. Nak letak atas kubur abah.Tapi aku tak kasi. Aku cakap gambar famili tu kene simpan sebab itu la satu-satunya pic ngan abah yang ade. Yang paling cantik.. Gambar raya tahun 2013. Mujur Farhana paham. Kalu tak, sayang la gambar secantik tu nak dibiar atas kubur abah. Nanti habis basah , hancur lebur kat situ.

Sebelum pegi jumpa abah, bawak anak2 n my body guard merangkap En. Drebar pegi brekfes dulu kat Taman Pinggiran Putra. Dekat sebelah kedai mak angkat En. Drebar aku. Dah makan kenyang2..then pergi ke Presint 20.  Matahari dah terik dalam pukul 11 macam tu.. Sampai sana, nampak ada pekerja Perbadanan Putrajaya tengah menggali kubur. 

Teringat situasi hari terakhir arwah. Macam ni la..Rasa sebak masa tu..Macam kembali ke tarikh 20 Januari 2015..Kelihatan keluarga dan waris si mati.. Seperti terbayang-bayang waktu arwah dikebumikan.. begitulah keadaannya.. Aku n anak-anak terus ke kubur arwah dan sedekahkan Yassin untuk dia.. Semoga aman bahagia di sana..




Van jenazah baru sampai...









Terbayang saat -saat akhir arwah...Semoga si mati dan semua arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..Aminn. 


Farhana tabur bunga kat kubur abah.. ( tudung pun tak nak pakai..iskk..Farhana..)

Tuesday, 27 October 2015

Cameron.. I'm Fall in Love Again !

Assalamualaikum...

Rindu Cinta Hati .. Semoga bahagia aman di sana.. di sisi Sang Pencipta..

Cameron Highlands.. Impian kami yang tidak kesampaian.. Aku pernah berangan-angan nak naik Cameron dengan abang n anak-anak. Tapi perancangan kami tinggal angan-angan sehinggalah 12 September lalu, aku berjaya gak jejak tanah Cameron. Alhamdulillah...

Pagi 12 September lalu, dalam kul 9 pagi, aku n my pilot a.k.a adik aku serta anak-anak bertolak pegi Cameron. Hepi anak-anak bila aku bagitau plan nak g Cameron. Gigih Faiz ngan Farhana simpan duit belanja sekolah. Katanya nak beli bunga untuk Ummi. Bagusnya anak-anak Ummi..Sejuk perut Ummi waktu tu..Tapi time tu la air mata Ummi menitis teringatkan abah. 

Perjalanan naik Cameron  mencabar jugak bagi aku yang pertama kali pergi ke sana. Dengan jalan yang macam ular .Bengkang- bengkok ..Banyak selekoh tajam.. Sesekali bila berselisih kenderaan lain mula ar kecut perut.. Pening-pening lalat pun ade..Patut la dulu abang tak nak naik Cameron. Lalu Jalan Tapah memang bahaya skit. Lepas ni e kalau nak pergi lagi kene lalu ikut Exit Simpang Pulai .Walaupun jauh skit, tapi jalan dia lebih elok ..takde bengkak bengkok sangat dan lebih selamat tanpa curam bukit yang dalam..Huh ..mengingatkan curam bukit yang dalam..aku rasa kecut perut..Nasib baik pilot aku cekap dan terlatih. Begitu jugak masa naik ke Ladang Teh Boh Sungai Palas.. takut aku bila tengok kiri kanan jalan yang curam.. penuh ngan ladang teh. Setiap kali sampai selekoh kene bunyikan hon supaya kenderaan kat depan leh tau kite ade kat selekoh tu... Pengalaman yang sangat manis..semasam-masaam manis strawberi Cameron cicah coklat.. Woww..

Tiba-tiba teringin nak pegi lagi..Tak puas hati pegi hari tu..sekejap sangat..Dengan hotel nya yang indah rupa dari isi dalam dia. HUH!.. malas nak cerita bab bilik hotel...

Bab hotel jer tak puas hati..yang lain-lain.. sangat best. Dan yang paling hepi bila tengok anak-anak hepi dapat tengok buah strawberi live..dapat makan strawberi fresh cicah coklat..yang dibeli kat Pasar Malam area hotel..dapat jalan -jalan kat Taman Kaktus yang bermacam bentuk dan rupa, yang kecik dan besar.. cam gergasi pun ade rupe kaktus tu..Jalan-jalan kat kebun bunga ..and part last naik turun bukit ke Ladang Teh Sungai Palas.  Dapat tengok macam mana teh diproses. Pengalaman pertama aku yang dah 34 tahun nie.. and bagi anak-anak lagila seronok..Kecik2 dah dapat pegi kan..Rezeki diorang dapat pegi..Macam aku dulu usia dorang nie dalam kampung pun tak abis round lagi..Paling jauh pun pegi Kemaman kot, umah arwah Tok aku.  Scary dan teruja sebenarnya pegi tempat camni... Melihat  alam yang luas saujana mata memandang..dengan bukit dan gunung..hutan rimba..terasa betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Tuhan .. Rasa syahdu ..rindu.. Nak pegi lagi dan lagi.. Insyaallah..



Jem dekat Hutan Lipur Lata Iskandar.. Coz ade lori besar nak lalu ikut jambatan sempit . 



Ni jambatan yang sempit tu..Dah ler sempit..selekoh plak tu.. Kiri kanan area jambatan ade plak gerai-gerai kraftangan Orang Asli Tapah. Sepanjang jalan nak ke Cameron, banyak gak gerai Orang Asli. Macam-macam produk kampung yang diorang jual..barangan kraftangan, madu,akar kayu, pokok bunga hutan, yang paling banyak gerai jual petai..hehe..


Selekoh yang sempit.. Kat Tapah plak baru lepas hujan .. beberapa tempat macam ade tanah runtuh kat tepi2 bukit.. Risau jugak walaupun nampak kecik je tanah yang runtuh tu..



Gerai Orang Asli..Yang ni cantik sikit.. Ada yang pondok2 comel yang dianyam ngan buluh ..yang tu lagi comel...Bukan anak-anak je yang teruja tengok gerai Orang Asli, aku pun sama.. Tengok plak Orang Asli tersengih2.. dengan ditemani 2 3 ekor anjing.. Series..pemandangan yang sangat indah..



OK. Sampai sini rasa amat-amat lega.. Dah sampai Tanah Rata.. So, hilang sudah mabuk2 jalan macam Roller Coaster tadi..



Dari Tanah Rata dalam setengah jam gak kot baru sampai Brinchang. Sampai sini terus carik hotel ..nampak Hotel Star Regency ni...Betul-betul tepi jalan utama, dekat ngan pasar malam . Tak pikir panjang terus masuk intai2..tanya harga..dan tak pikir panjang lagi..Terus check in. Tapi bila masuk bilik, rasa teruja hilang tengok lantai bilik yang tak ok dengan berkarat..Pastu..tuala, cadar..lusuh macam dah bertahun tak ganti..Waaaa.. tapi dah check in nak buat macam mana..Redho je la.. Ala..nak tido jer pun..nasib baik la tilam dia ok.. Satu katil King utk aku n anak2..dan katil Single untuk En. Pilot n n anak bujang. Hurmmm.. bagi aku tak berbaloi bayar RM 180 untuk 1 malam dengan keadaan bilik yang macam tu..Sebab kawan aku kata ade lagi hotel yang cantik, bersih..boleh dapat lagi murah..


Tempat pertama kitorang terjah!



Ada pokok bunga jugak





Dan.. mat bunga.


tepek gak la sekeping.. :)






Bapak cactus







Geli tengok cactus ni..macam ulat pun ade..


Bermacam-macam rupa cactus..Ntah berapa usia bapak-bapak cactus ni..


Cactus bunga ros pun ade..



Payah betul nak amik pic budak bertiga ni.. Kat belakang tu lereng bukit..bawah tu jalan raya..Lepak sini jap lepas penat tengok cactus...



Masuk sini..cuci-cuci mata jer...nak masuk dalam strawberry farm..dah tutup kul 5 pm. 


Hari Kedua, g terjah Ladang Teh Sungai Palas.. Jalan dia lagi sempit dan lagi mencabar ..Tiap kali lalu selekoh, kene bunyikan hon ..Pastu siap senyum2 lagi bila selisih..hehe


Jauh jugak nak sampai ke port ladang teh ..dalam 30 minit kot baru sampai 



Dah sampai..kene panjat bukit plak nak ke kilang teh.. Atas tu ada jual produk teh ..ade restoran untuk ngeteh jugak..






Indah Bumi Tuhan..Saujana mata memandang...




Insyaallah.. moga-moga dapat sampai lagi kat sini satu hari nanti..




















Monday, 21 September 2015

Damai selepas hujan..

Assalamualaikum..

Selamat petang..

Petang yang baru damai selepas hujan ribut..



*** Terima kasih kerana pernah ada ! 

Sunday, 13 September 2015

Histeria ..

Assalamualaikum ......


Hari nie nak story satu citer seram yang berlaku kat ofis aku Jumaat lepas. Dah 2 minggu berlalu tapi seriau tu masih lagi terasa. Citer nie berlaku kat kawan aku sendiri . Akak D nama dia. Awalnya akak yang baik hati ni dituduh seseorang kat ofis dia ambik duit claim petty cash dari seorang pegawai kat ofis aku.


So, petang kejadian tu ,  Si akak  ni datang la ofis aku untuk mengesahkan cerita karut tu, yelah. benda yang kita tak buat, memang sakit kalau dituduh. Plak tu melibat kan duit. Walupun nilai RM tu kecik, tapi maruah kita orang dah mainkan. Suke suki nak tuduh orang takde bukti. Akak tu memula dia meluah perasaan dia.. Aku masa tu dengar dari jauh jer coz tengah buat keje takde la nak layan sangat. Ade beberapa kawan lain yang ade ngan dia masa tu. Tak lama nada luahan perasaan akak tu jadi lain. Mula-mula menangis.. Aku rasa tak sedap hati hati. Aku pegi kat tempat diorang berkumpul. lepas tu dia sebak. teresak-esak.. then tetiba mengilai ketawa. Aku n kawan 2 orang gosok-gosok bahu dia dan cuba tenangkan dia. tapi tak jalan. Mengamuk plak . Aku suruh dia istigfar. Tapi dia marah-marah cakap orang tak nak kawan dengan dia. Akak tu cakap dia bukan D.. Dia Ros .. Kitorang dah mula cuak. Setan mana plak merasuk dia nih. Suruh mengucap pun tak nak. marah-marah lagi ada. dengan mata terbelalak dia tengok kitorang. terus terkedu 3 orang ni. Yang lain-lain datang tengok apa yang kecoh sangat. Then dia hentak2 meja . Kitorang pun apalagi.. terkejut terus lari.. Pegawai laki kitorang datang n cuba tenangkan dia. Aikk ..magic dah ok da dia. Maybe pegawai tu ada baca ayat-ayat skit kot. Dia cool sendri lepas tu. Hurmmm.. Seriau kitorang. Then bila dah ok dia jumpa balik pegawai yang jaga duit petty cah untuk bersihkan nama dia. Yang nyata memang bukan dia ambik duit tu. Tak pasal-pasal jadi histeria. Stress punye pasal. Kesian kak D. Lepas tu keadaan dah normal semula. Kak  D balik ke ofis dia ..kitorang buat keje macam biasa tapi masih bercakap-cakap pasal kejadian tak disangka tu..Semoga kejadian tu takkan berulang. Teringat plak Kak D pernah bercerita kat aku, yang sebelum ni beberapa tahun lepas, dia pernah dirujuk ke Pakar Psikiatri disebabkan stress dengan kematian arwah suami pertama dia. Oh! Scary nya. Dan akak ni ade bagitau dia memang jenis lemah semangat. huhu..

Semoga aku terus diberi kekuatan dan ketabahan menjalani hidup ni.. Dah macam2 dugaan kena kat aku. Alhamdulillah..semoga terus kuat! 

Monday, 24 August 2015

Kad Raya Tanda Rindu

Assalamualaikum.. 

Biarpun Syawal dah 10 hari berlalu pergi.. rasanya tak terlewat sangat nak post pasal Syawal kan. Bukan apa.. Syawal tahun nie macam tak berseri, itu yang takde mood nak mencoret kat sini. Rindu Syawal yang sudah-sudah..Rindu gak Ramadhan yang lepas. Bila teringat Ramadhan ngan Syawal yang lepas-lepas hancur rasa hati.. Berderai-derai..Terbayang-bayang waktu berbuka puasa sama-sama kat Masjid Mizan. Masa tu dia tak sihat sangat. Tapi dia ikut jugak permintaan aku yang teringin nak merasa kemeriahan berbuka kat masjid. Banyak gak permintaan aku yang sempat dia tunaikan.  Tahun yang sebelum tu pulak, berbuka kat atas rumput karpet depan Maybank kat Presint 3. Rindu.. entri buka puasa tu ade aku bubuh kat blog..kalu nak baca, sila la godek-godek ye. Rindu jugak waktu jalan-jalan kat Melaka and yang last , pergi Tangkak , rumah Tok Mak n Tok Bah. (Mak mertua abang aku). Satu je tempat yang aku ajak tapi tak sempat nak pergi.. Cameron Highlands. Insyaallah aku akan sampai ke sana ngan anak-anak. Sekarang niat aku nak hepi kan anak-anak jer...Biar dia tak rasa kehilangan abah. Tapi aku tau..jauh di sudut hati mereka sangat-sangat rindu.. Hanya lukisan menjadi isyarat rindu..

Raya hari tu, kami semua balik beraya kat Terengganu seperti rutin setiap tahun. Cuma, bezanya tahun ni kurang sorang. Raya pertama, Raya kedua.. macam selalu..ambik pic ngan famili ..pergi beraya kat umah sedara-mara, jiran-jiran.. rumah ayah mertua tak lupa.. ipar-ipar belah arwah..rumah ayah mertua sebelah Duyung ( atuk Faiz) untung  anak aku, ada ramai atuk. Nanti-nanti la aku cerita macam mana leh ada atuk terlebih ni. Hihi.



Kad Raya Spesel Untuk Abah... :(
Dalam kad tu aku, abah n abang Farhana. Farhana n Fatin kat dalam rumah, 
kata Farhana bila aku tanya mana dia n adik..hehe.. 



Pilu rasa hati bila Farhana tunjuk coretan ni sambil mulut dia yang macam bertih tu , bagitau nak letak atas kubur abah nanti dah balik Putrajaya.

*** sebenarnya bukan ditulis atas kad, ia hanyalah sehelai kertas tisu yang 
diambil kat umah Tok dia. 

*** Dan semasa entri ni ditulis, aku rasa tisu ni sudah hancut lumat 
atas kubur abah dia..Farhana siap tindih ngan batu supaya angin tak terbangkan.. 
Tapi akhirnya ia hancur..ditelan bumi..




Pic raya selalu macam ni..selalu tak cukup korum.. Bila la dapat kumpul 12 beradik bergambar raya.. Huhu..


Bergambar ngan anak-anak pun camtu gak.. selalu tak reti duk diam.. Nak pic cantik kene g kedai gambar la gamaknya..
Berempat la kami untuk tahun-tahun seterusnya..


Mujur ade sorang adik yang kaki bergambar.. dapat gak la selit muka.. :))



Wednesday, 19 August 2015

Entri terpanjang abad ini...

Assalamualaikum...

Dah lama sangat rasanya tak jenguk ke sini. Nak kata sibuk ngan keje tak jugak..Ada jer masa nak FB, layan Wassap ngan kwn2, berangan time moody tu datang..sambil2 dengar lagu jiwang kat youtube.hihi.. 

Kejap jer hari berlalu..Hari ni genap 7 bulan arwah pergi. Tapi rasa cam baru semalam dia dibawa pergi. Masih lagi terbayang hari yang aku dapat call dari Hospital cakap dia tenat. Masa tu pukul 5.00 pagi. Tapi sebenarnya masa Nurse call tu dia dah sejam pergi. Nurse tak cakap yang dia dah meninggal. Bila abang aku pertikaikan perkara tu dengan Doktor, Doc cakap diorang tak boleh bagitau macam tu, nanti waris shock and pernah ade kes waris eksiden waktu nak ke hospital jumpa si mati. Oh betul gak kata Doktor kan. Aku ingat lagi masa dapat call dari nurse, aku terus call abang ipar, tapi tak dapat, then call adik ipar suruh maklumkan kat abang ipar berkenaan arwah. Then aku call anak sedara ajak g hospital . Sementara tunggu anak sedara datang, sempat lagi mandi-manda, mak aku pun sempat mandi n solat. Lama gak tunggu anak sedara. Dalam hati aku cume berdoa supaya aku sempat jumpa dia. Dapat dengar kata-kata terakhir dari dia. Itu je doa aku. 

Aku tengok mak yang lebih risau dari aku. Masa tu peliknya aku tak rasa sangat sedih. Aku macam tak ada perasaan. Kosong. Mungkin aku masa tu dah pasrah n redha. Cuma berharap dapat jumpa buat kali akhir. Itu je. Dalam kereta pergi hospital, masing-masing senyap membisu. Sesampai jer pergi wad dia, tengok katil kosong. Dalam fikiran aku, maybe kat bilik ICU. G jumpa Doktor kat station work dia, dia macam teragak-agak nak cakap. Bila dia cakap Mohd Faris dah takde..Aku bleh plak tanya, dia kat mana? Masa tu aku ingat maybe dia kat ICU. Doc cakap dia dah meninggal.. Aku tak terkata..Senyap..Jadi bisu sekejap. Mak n anak sedara aku dah meraung kat belakang aku. Aku ..menangis..tapi air mata aku tak keluar. Pelik. Mak menangis2  bagitau mak tak sempat nak jumpa dia. memang aku tak bawak lagi mak melawat dia. Sebab kalu ikutkan kata doktor, hari dia meninggal tu dia akan di transfer ke Hospital Serdang , dekat skit dengan rumah aku. condition dia pun Doktor cakap dah makin ok . Aku memang shock masa doktor cakap dia meninggal. kenapa boleh dia meninggal, sedangkan Doktor cakap dia dah makin OK. Malam sebelum dia pergi pun aku sempat cakap ngan dia, janji ngan dia nak jumpa esok pagi kat Hospital Serdang. Dia sempat cakap ngan aku dia OK. Kenapa? Dan kenapa? tengah2 serabut ngan macam2 persoalan tu, terkeluar plak soalan aku. Dia kat mana sekarang Doktor.. Bila Doktor cakap kat Forensik tu.. Terus aku rasa cam tak stabil nak berdiri. Cepat2 aku pegang meja doktor tu. Masa tu air mata keluar, tapi setitis..dua titis.. Aku masa tu nak sangat meraung. Tapi air mata aku dan suara aku macam takde. Tenggelam. Aku jadi patung cendana kat depan Doktor tu. Aku tanya lagi Doktor tu, boleh aku jumpa dia ke.. apa aku nak buat sekarang.. Doktor datang dekat ngan aku and pegang tangan aku cakap suh sabar. Doktor muda tu dan aku rasa dia masih bujang.. peluk aku.. sungguh aku tergamam dan tak percaya dia dah takde. 

Bila doktor sebut Forensik baru la aku percaya sikit2. Aku terbayang dalam TV yang aku duk tengok drama ke apa tu.. Bilik Forensik tu tempat mayat n aku terbayang mayat tu diorang simpan dalam peti ais.. or entah apa ke nama ..
Lepas tu kami semua pergi ke Jabatan Forensik.. sambil jalan laju2.. Masa tu bleh plak terpikir lagi..nak jumpa dia..nak tengok dia bernafas lagi.. Dah nama pun Forensik kan. memang mustahil la..Dalam drama boleh la berlaku macam tu kan. 

Sampai kat Jabatan Forensik, ambik masa jugak untuk aku masuk ke dalam jumpa dia. Kene tunggu pegawai bahagian forensik tu. Ntah kul brapa nak datang..Maybe shift pagi kul 8 kot. Sesambil tunggu orang tu datang isi dulu borang daftar kematian. Bini sendiri yang daftar kematian. Kelass aku. Isi borang tu, tulisan aku dah macam apa dah. Hope kerani tu boleh baca tulisan serabut aku tu.. 

Lepas isi borang tu semua baru la aku duduk , tenangkan diri. Lambat bebenor la pegawai tu datang. Aku call abang  first. tapi tak berangkat. Aku paham pagi2 cam tu dia sibuk uruskan anak sekolah. Then aku call adik lelaki yang stay ngan aku, bagitau arwah dah takde, suruh dia siapkan semua anak2 dan bawak ke Hospital .  Lepas tu aku call Ofis bagitau. masa kol diorang sume air mata aku asyik tak berhenti kluar. Masa tu baru rasa kehilangan.  Lepas tu call lagi beberapa kawan baik. Jiran kat rumah. Dan mereka semua terkejut dengan berita tu. Mereka dengan baik hati offer pertolongan, tanya nak kebumi kat mana. Dan suruh aku banyak- banyak sabar.

sampai jer Pegawai Forensik tu, aku terus jumpa dia bagitau nak masuk jumpa arwah. Dia bawak aku pergi sebuah bilik. Aku dah rasa seram sejuk. Aku masuk sorang masa tu, mak aku kat belakang ngan anak sedara. Seram aku. Tempat yang pertama kali aku masuk, aku dah la masa tu period. Aku berhenti kat luar bilik tu, tgk ade tulis " Islam" . Bilik sebelah tu plak, " Bukan Islam". Aku selawat dan mohon doa supaya aku kuat semangat. Takut jugak. Kat dalam tu tempat terakhir mayat-mayat yang mati dengan cara bermacam-macam kan.... Eiii serammm.. Tapi fikirkan yang baik-baik..fikirkan kat situ cuma ade arwah. Aku masuk dengan mak. Tapi mak cam xberani nak bukak beg mayat tu. Aku selawat banyak-banyak then tarik zip beg tu slow2..boleh plk masa tu aku terbayang mata arwah terjegil tengok aku. Aghhh setan semua tu. Aku bukak terus.. tengok muka dia macam tengah tido..Pucat lesi muka dia.. Dia dah lama pun pucat macam tu..Jadi aku dah biasa tengok. Nyaman je aku tengok dia tido.. macam yang dia selalu tido kat umah tu. Tapi bezanya kali ni dia tido selama-lamanya. dah puas tengok aku tutup zip dan keluar. Mak n abang ipar ambik wuduk n baca Surah Yassin. Tak lama baru abang n kak ipar sampai.. adik2  n anak-anak aku..

Lepas tu, diskas ngan abang ipar kat mana nak kebumi. Aku teringat, arwah dulu pernah bagitau kat aku, kalau dia meninggal kat sini dia nak dikebumi kat sini. Aku anggap masa tu dia bergurau jer. Tapi banyak kali gak dia cakap-cakap macam tu..Dia pernah cakap tak nak susahkan orang nak uruskan dia kalau nak kebumi kat kampung. So, bila abang arwah tanya aku, aku cakap la apa yang arwah pernah cakap kat aku. Adik-beradik arwah ikut jer nak kebumi kat mana, Sebenarnya bagi aku lagi senang kat sini, sebab adik beradik dia ramai stay kat sini, yang kat kampung ade 2 orang. Nanti diorang akan datang bawak ayah arwah.

Untuk memudahkan urusan pengebumian, proses memandikan arwah dibuat kat Hospital Sungai Buloh jer. Senang, diorang ade contact ngan ustaz yang menguruskan. Sampai saat nak dikafan, Ustaz panggil waris-waris arwah untuk memberi ciuman terakhir..Sebak sangat masa tu. Mula la terbayang-bayang saat arwah masih ada. Macam mana la hidup kami lepas ni.. Selepas dah selesai semua urusan kat Hospital Sungai Buloh, Kami bergerak balik ke Putrajaya. Aku n anak2 serta adik lelaki aku naik van jenazah. Aku duk kat depan ngan En. Drebar. Masa tu rasa sedih, sayu , pilu  semua ade.. Semua waris arwah serta sedara mara, ayah arwah semua dah menunggu kat Surau Al-Husna depan rumah aku. Kawan-kawan aku datang tak lama lepas tu. Menangis lagi..Kawan-kawan ofis plak akan datang kat tanah perkuburan. Aku rasa masa tu, mata aku bengkak dah macam apa..serabai jer rasa.

Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan pengebumian arwah. Jiran-jiran serta AJK Surau kat rumah juga banyak membantu uruskan semua hingga selesai. Syukur dapat mengenali mereka yang baik hati. Jasa baik mereka hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasNYA. Adik-beradik arwah dan aku juga banyak membantu daripada urusan kat hospital sehinggalah ke tanah perkuburan. Syukur sangat memiliki insan-insan yang prihatin. Dan kerana doa mereka jugak la aku jadi kuat dan tabah. 

Pikir-pikir balik dari mula arwah sakit hingga dia pergi.. aku selalu doa supaya Tuhan kuatkan hati dan tabahkan semangat aku walau apa jua yang terjadi dalam kehidupan aku. Mungkin sebab itu la aku tak rebah saat dikhabar berita kematian arwah. Seorang kawan pernah cakap, dia pengsan berkali-kali waktu dapat berita suami dia meninggal kerana eksiden. Dan dia jugak hampir gila. Pernah dapatkan rawatan kat Klinik Pakar Psikiatri. 

Alhamdulillah Tuhan tu Maha Kuasa. Dia yang menjaga hati kita, memberi kekuatan saat kita hampir rebah. Dan mungkin jugak aku dah ada pengalaman ditinggal suami kali pertama 10 tahun lalu. Semua pengalaman lampau menjadikan aku lebih tabah. Dan anak-anak juga buatkan hidup ni lebih indah walau rasa cam tempang sebelah. 

Semoga anak-anak pun akan dapat terima hakikat mereka semua dah jadi anak yatim. Faiz memang dah mengerti, adik-adiknya la yang masih lagi macam tak kisah. Setiap kali rindu abah, mereka akan belek2 album, dengar video suara abah..ulang-ulang sampai jemu.. , melukis gambar famili pun masih lukis gambar abah.. 

Penat dah menaip entri yang paling panjang abad ini, nak g makan kepci plak. My bos belanja..Jangan jeles..Tengah2 poket kering macam ni Alhamdulillah sesangat ade orang belanja makan..hehe.. Nanti sambung lagi kat entri seterusnya.. penat menaip dah ni oii..member sebelah pun duk sound dah.. Rajinnya menaip..Jom le makan oiii..




Monday, 13 July 2015

Balik kampung..

Assalamualaikum ..Salam 27 Ramadhan...

Sekejap jer kan masa berlalu. Dah 27 hari kite berpuasa.. Lagi 2 hari Insyaallah raya la kite..

Hari ni last day keje..Insyaallah petang ni dalam kul 3, gerak balik kampung. Sebak lak mengenangkan raya tahun nie. Macam mana la perasaan nie time dengar takbir raya. Jangan aku melalak dah pagi2 Syawal tu..Hehe.. Semoga Allah kuatkan semangat , beri kekuatan pada aku dan anak-anak beraya tanpa arwah. Tak sabar nak balik dari kampung nanti g beraya kat kubur arwah plak.. dak Fatin plak bila aku ajak raya kat kubur abah lepas raya ni, bleh lak dia cakap. kite kene la bawak biskut raya kan umi.. Hehe.. Ada sekali tu, kami kat dalam kereta, Faiz selongkar kat dashboard n terjumpa benda yang arwah guna utk test kencing manis. Aku cakap kat Faiz, jangan main benda tu, masih elok, nanti nak bagi kat pak cik untuk test kencing manis dia. Fatin lak menyampuk, " kakak, nanti kalau kakak mati, kakak jumpa abah, kakak bagitau kat abah, abang main abah punye benda ni tau kakak".. Haha.. terus aku tergelak.. 

Anak-anak suke melawak, buat aku tersenyum sorang-sorang. Nanti lepas raya kat kampung, kite raya ngan abah plak ye anak-anak..

Selamat balik kampung semua.. semoga selamat sampai ke destinasi.. Balik kampung.. Tapi hati tertinggal kat sini.. :( 

Monday, 6 July 2015

5 Julai dalam kenangan ...

Assalamualaikum .. Salam 19 Ramadhan..

Semalam 5 Julai. Tarikh kelahiran seorang lelaki yang telah pergi menemui Tuhan-Nya. Seringkali hati tertanya.. Apa khabar mu di sana? Semoga berbahagia selalu. Selagi nadi berdenyut, selagi itu doaku sentiasa kukirim untukmu. Tiada lagi ucapan selamat hari lahir. Kalau dia masih ade, genap 45 tahun la. aku selalu usik dia.. bila tiba hari lahir dia..Aku cakap abang dah tua.. hehe.. Dia cakap makin tua, makin ramai orang minat. Haha. Aku cakap sape la minat kat abang tu..kalau ramai orang minat takde la abang kawin masa umur 38 tahun..Haha..  Dialog tu dah takde..Dah tinggal kenangan. Sedihnya. 



Sambutan hari lahir beramai-ramai kat rumah abang kat Klang. Kebetulan besdey arwah sama ngan anak abang yang no. 4 ( Adlina.) 



Pemilik siapakah tangan-tangan tu.. Bahagia masih terasa saat tengok gambar nie..Terbayang senyum tawa wajah masing2..


Majlis Berbuka Puasa + Besdey 2014 ...


Siapa sangka inilah sambutan hari lahir terakhir arwah.. Kita pun tak tau bilakah ulangtahun kita yang terakhir.. Semoga kita semua sentiasa dalam dakapan dan kasih sayang NYA.. AMEEN ..






Tuesday, 23 June 2015

Ramadhan.. Sampaikan Salam Rindu..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Dah 7 Ramadhan hari ni.. 7 hari  jugak la..hati nie sayu jer..Setiap kali nak sahur n berbuka.. lagila rasa sayu tu makin kuat datang.. Tahun ni Ramadhan pertama kami menyambut puasa tanpa arwah. Berbuka puasa ngan anak-anak memang berbeza waktu dia masih ada. Nasib baik ade adik lelaki aku duk skali. So, rasa meriah skit..Budak-budak la yang memeriahkan waktu berbuka sebenarnya. Makan sambil sembang tu la keje Farhana ngan Fatin. Bila ditegur, diam sekejap then sambung sembang lagi. Si abang takde becok sangat. Puasa punya pasal, abang makan tanpa bunyi sepatah .Hehe. Farhana setakat ni , puasa separuh hari je. Tak larat katanya. Balik sekolah carik air. OK la kakak. Blajar slow-slow. Lepas ni, dah naik darjah 2, puasa full plak. Insya Allah.

Teringat plak kat arwah time bulan puasa, mesti oder kuih nekbat siap2 from Kampung. Air feveret dia plak air soya. Teringat lagi kenangan buka puasa kat atas rumput kat Dataran Maybank. And last year, arwah sempat gak penuhi permintaan aku nak rasa kemeriahan berbuka kat Masjid Mizan. Bila diingat-ingat rasa pedih sangat hati ni. Kadang-kadang tengah solat terawikh boleh lak rasa sebak dan pilu. Cepat-cepat istighfar..bila teringat dia time solat. Ah.. banyak sangat kenangan..  sampai rasa tak larat nak mengenangnya. Kalau pergi ke tempat yang pernah dilalui ngan arwah, anak-anak selalu ingatkan.. Kita pernah datang sini ngan abah kan Ummi. Kalau abah ada.. mesti abah dah bawak kita pergi kan.. kalau itu.. kalau ini.. Ah anak2.. bicara mu seringkali buat air mata menitis.. Doakan abah tenang di sana yer sayang2 ummi.. Kita pun suatu hari akan dijemput ke sana. Teringat soalan spontan Fatin , Ummi.. Nanti kalau dah takde orang nak doakan kita, sapa yang akan doakan kita Ummi.. Fatin walaupun pendiam n pemalu skit dari Farhana, tapi kadang2 soalan dia boleh buat kita terkedu sekejap. Cerdik budak ni.. Abah, kalaulah abah ada.. tentu abah bangga dengan anak-anak abah..


Semoga aman bahagia di alam sana.. 

Al- fatihah untukmu..Mohd Faris bin Yong..

Cintamu sentiasa mekar dihati.. 




Fatin budak mata sepet cam abah.. Masa mula2 abah takde, selalu pakai cermin mata abah. Tapi aku dah simpan n sorokkan. Tak elok bagi dia pakai selalu. Rosak mata dia nanti.. :)

Friday, 29 May 2015

Beginilah rasanya bila anak-anak tiada depan mata ...

Assalamualaikum.. Selamat Hari Jumaat...Bersamaan 11 Sya'aban 1436H. ( Tak lama lagi dah nak puasa, puasa pertama tanpa abah, bagaimanakah??)

Hari ni rasa serba tak kena. Malam tadi anak-anak sudah kene angkut balik kampong. Teruja sangat diorang nak balik kampong kecuali si abang.Tetiba sakit perut lak time nak bertolak. Kakak n Adik awal-awal lagi dah mandi ,pakai baju siap ..asyik tanya bila la nak bertolak. Seronok sangat nak tinggal Ummi dia kot. Huhu. Dalam kul 9 mlm, diorang bertolak ke Terengganu. lepas hantar diorang ( Emak Aku, Adik aku-Driver, Faiz,Farhana n Fatin), aku naik ke rumah. Bukak jer pintu rumah ..rasa lain macam sangat.. Sunyi sepi rumah aku yang selalu bising ngan suara budak-budak bertiga tu.. Series aku takleh la berterusan sampai ke tua seorang cam nih.. Alhamdulillah walaupun Abang dah takde, aku masih punyai anak-anak yang akan temani aku hingga hari tua aku.. Isk..cam mana la orang yang takde anak kan..Dan macam mana plak yang tak kawin..membujang or mendara sampai ke tua..Huhu.. Aku yang baru sehari ditinggal anak mula tak keruan. Seminggu ni macam ni la perasaan aku.. Dah takde kawan nak bercerita.. bergaduh..Nak lelap mata pun susah ..Ambik bantal budak-budak ni n bayangkan diorang ada di sisi.. Hanya berdoa semoga mereka sampai ke kampong dengan selamat. Al-maklumla malam2 drive jauh, risau gak keselamatan diorang semua. Ntah kul brapa aku terlelap, then kul 3.30 terjaga.. terus teringat anak-anak.. Dah sampai ke? tengok henpon, takde plak mesej or misskol.. Dah pesan dah kat adik aku supaya kol aku bila sampai. 

Aku teringat ada 2 kes aku dapat alamat pasal eksiden. Kes pertama, Waktu ex- abang ipar aku eksiden dalam perjalanan nak balik ke Terengganu . Aku tido awal malam tu.. then xingat kul brapa ..aku terjaga..n aku rasa jantung aku berdegup kuat. Tak lama aku dapat kol dari abg ipar mengatakan dia eksiden. Kereta teruk, Alhamdulillah dia n anak2 dia OK. masa tu akak aku kat Hospital tunggu masa nak bersalin kot. Ingat2 lupe dah..Yang kes Ke2 plak, waktu mak aku eksiden kat Merchang, Terengganu  pada tahun 2004. Aku tido di siang hari. Dalam kul 4 petang, aku terjaga.. Jantung aku pun berdegup kencang.. Tengah aku mamai, telefon rumah berbunyi. Ada orang bagitau mak, adik n abang aku eksiden. Tak lama kawan abang aku datang rumah bagitau berita ni. Alhamdulillah diorang selamat sume, n cedera ringan. Adik bongsu aku patah kaki masa tu.

Jadi bila aku terjaga kul 3.30 pagi tadi, perkara pertama yang aku pikirkan adalah 2 kes tu.. Tapi kali ni jantung aku tak berdegup kuat.. Biasa aje..normal. Then untuk memuaskan hati aku, aku kol adik aku. tak kira la dia tengah drive ke tido ke, hope dia angkat kol aku. Beberapa saat gak ambik masa nak dengar suara macho dia. Dengar jer suara bagitau baru sampai kampong, terus rasa lega teramat. Terima kasih Tuhan. Engkau Maha Mendengar. OK. Bleh sambung tido .. tapi ada bagusnya gi ambik air sembahyang n solat Tahajjud. Maybe Tuhan nak suh bangun solat. Alhamdulillah. Lepas tu sambung tido balik sampai la dengar suara Tok Bilal kat surau sebelah. Nikmatnya umah kat tepi surau nih.. Hari2 leh Tok Bilal kejutkan.. Hehe.. 

Mengingatkan malam ni kene sembang sorang-sorang..rasa cam tak nak balik rumah.. Seminggu ni jadi orang bisu la kat umah.. dah takde sape nak sembang.. Waaaa...






Missss u bebeh! Tunggu Ummi balik!



Wednesday, 13 May 2015

Potret Rindu




Terangi malamku dengan syair indahmu 
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu..


Rindu kamu...Dah 115 hari kau pergi.. Jiwa bagai mati. Yer..Jiwa ini dah berkali-kali mati..Setiap hari apa jua yang aku lakukan, terasa kau memerhati. Peritnya perasaan nie..hanya Allah yang tahu. Sesekali rasa macam Tuhan tu tak adil. Kenapa dia bagi lepas tu Dia ambik balik..Tak baik kan bersangka buruk. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Kadang-kadang bila stress ngan ragam anak-anak, aku seru kamu supaya kembali. Tapi mana mungkin. Ah! kalaulah mesin masa Doremon tu wujud tentulah perkara pertama yang aku buat adalah kembali ke tahun 2006. Saat pertama kali kite bersua. Kita bermula sebagai kawan sekerja. Yang tak pernah ada rasa cinta. Tapi tak sangka dari kawan biasa boleh tumbuh rasa sayang dan kesian hehe. Kesian kamu yang ditinggal kekasih. Dan yang paling aku tak sangka kekasih (masa tu dah ex) boleh plak call aku n suruh aku jaga pakwe dia tu.. hehe.. kelakar dan sekarang aku rasa sangat-sangat sedih..pilu..juga terselit rasa bahagia kerna dapat menyempurnakan pesanan kau wahai ex. walaupun aku tak pernah kenal kau. aku hanya tau nama kau, Wan.  Dan apa yang kau tak tau orang yang kau suruh aku jaga tu..dah pergi tinggalkan kita. Sedih dan pilu bila setiap kali memori tu bertandang..kau bagaikan nyawaku abang. Setiap kali nadi ni berdetik, tiap kali itulah aku dapat rasa kau hadir..  Di dalam setiap sujudku..aku tak lupa mendoakanmu..Yang aku sedikit terkilan. tak banyak gambar mu dalam simpananku. Kau sememangnya tak suke bergambar. kalaulah aku tahu waktu kepergianmu..huhu.. 





Gambar 2014. G shoping kat Tesco Kajang , lepas tu bawak anak main kat tempat ni. 
Arghh.. Rindu gila kat tempat ni..



Beza betul senyum semasa abah ada dengan abah takde. Kesian kamu anak-anak. Tabahlah yer , Tuhan hanya pinjamkan abah sekejap jer untuk kita. Berdoalah semoga kita akan dapat bersama abah di Syurga Allah SWT.


We miss u very much!! Semoga tenang di sana. 

Al-Fatihah ...



14 Mei 2015, 2 hari selepas hari jadi anakanda Muhammad Faiz Irfan.
Maaf sayang, hadiahmu masih pending!!..



Monday, 20 April 2015

Mimpi Bintang Membentuk Tulisan Allah

Assalamualaikum.. 

Salam 1 Rejab 1436H..

Beberapa malam yang lepas, aku bermimpi ..Mimpi ni bagi aku pelik dan seakan-akan ada maksud yang tersirat.. malam tu aku tido macam biasa dalam kul 12.00 malam.. Sekarang time tido dah berubah..Kalau dulu tido around 10 ke atas..Sejak Arwah meninggal..waktu tido dah tak kisah kul berapa nak masuk tido..Kekadang terlelap depan tv. Anak2 plak yang jadi tukang kejut masuk bilik.. Berbalik semula pasal mimpi tadi.. Sebelum tido cam biasa baca Ayat Kursi , Ayat 3 Qul n hembus kiri dan kanan.. Lepas tu baca Al--Fatihah, Ayat Kursi dan Surah Al-Insyirah n hembus kat ubun2 anak. Then tertido sehingga dikejutkan dalam mimpi.. 

Aku berada di satu padang..Dari jauh aku nampak bintang2 di langit bergerak membentuk tulisan jawi Allah. Aku tengok n perati jer dari jauh..Bila dah selesai membentuk tulisan Allah, Aku bangun dari duduk aku.. nak tengok dengan lebih jelas..Teruja dengan bintang-bintang comel tu. Tetiba bintang-bintang tu berteraburan menjauh dan aku terjaga dari mimpi.. Bangun termenung memikirkan apakah makna mimpi tu.. Jawapannya aku tak temui. Tapi setiap hari mimpi tu berlegar2 dalam kepala aku . Sehinggalah tergerak hati nak tanya kat Ustaz Zaid Abdul kat Group Whatsapp. (Ustaz ni jd tutor Seminar Solat  yang pernah aku join beberapa bulan lepas. Dah jadi ustaz rujukan dah dalam group hehe )..

Ni jawapan ustaz tu.. hehe..Tengkiu ustaz .. ;) 




Tuesday, 14 April 2015

Redha Dalam Kecewa ..

Assalamualaikum ..

Selamat Tengahari...

Rasa kecewa bila apa yang kita nak , kita apply..kene reject.. Tapi.. kita kene redha.. Mungkin tu bukan rezeki kita..bukan buat masa ni..mungkin akan jadi milik kita akan datang..Ataupun memang itu bukan rezeki kita.. Mungkin DIA nak bagi yang lebih baik dan terbaik .. yang penting kene SABAR .. Dan sentiasa DOA . Kita kene yakin apa yang Allah tentukan buat kite adalah yang terbaik. Terima Kasih Allah.. 


Rindu kamu Abah kepada anak-anakku :((


Tuesday, 7 April 2015

Besdey ke 5 tahun Tanpa Seorang Abah...

Salam 7 April..

Hari ni dah masuk hari ke-78 dia pergi.. Terasa bagai mimpi.. Terasa apa yang aku lalui selama 78 hari tanpa dia ni hanyalah mimpiku.. Tapi bukan.. ni realiti kehidupan aku..Yang nyata 78 hari ni.. dunia ni seakan tiada mentari..mendung je hari-hari.. Matahariku dah tiada lagi. 

12 Mac yang lepas, genap usia Fatin 5 tahun. Hari lahir pertama tanpa seorang abah. Pilu hati ni. Hati anak yang sekecil tu tentu lagi pilu. Tapi Fatin seakan mengerti . Seakan memujuk hati ini . Dia selalu hepi dalam dunianya sendiri. Fatin memang anak yang baik. Yang selalu memahami. 

Dapat plak sebijik kek surprise ..lagi la dia hepi. Apa lagi yang mampu kubuat untuk hepi kan kamu anak. Terima kasih buat Pak Cik Fatin yang sudi sponsor kek untuk Fatin. Semoga Pak Cik dia tu, sentiasa murah rezeki dan menemui jodoh yang terbaik , Nanti Pak Cik dah kawin tak dapat la Fatin nak menumpang kasih lagi.. 


Abah...Fatin dah 5 tahun! Fatin dah besar ...


Walaupun simple, tapi bagi seorang budak ia sangat sangat sangat bererti...






Budak-budak dan kek memang tak boleh dipisahkan..Kakak merajuk nak kek jugak. Menangis pulak bila cakap besdey kakak lambat lagi, bulan 12. Dia cakap ,kakak nak besdey kakak bulan depan..hehe.. Apa saja lah kakak ..layan je la..