Wednesday 25 March 2015

Memberi lebih baik dari menerima..


Selamat petang..

Nak share lagi pasal hebatnya sedekah.. Janji Allah SWT itu pasti.. Alhamdulillah..Baru berniat nak memberi.. belum lagi disampaikan kepada pemiliknya.. Tuhan dah bagi pulangan. Semoga si dia yang memberi, senantiasa dalam rahmatNYA dan sentiasa murah rezeki selalu. Aminn. 

Monday 23 March 2015

Kene kejar anjing lapar..



Assalamualaikum.. Selamat hari Selasa..

Selasa yang sedikit stress.. sebab malam tadi ade satu kisah tragis..

Haha.. ni adalah pengalaman pertama kot ..Dan diharap takkan ade lagi malam gila macam tu.. 

Alkisahnya..malam tadi Aku n anak-anak.. Faiz , Farhana n Fatin pergi Klinik berdekatan rumah kami. Kalau jalan kaki 15 minit je kot. Faiz mengadu sakit telinga dah berapa hari.. Malam tadi baru sempat bawa ke klinik. time pergi Klinik, Pakcik diorang iaitu adik aku , Jojo yang hantar ngan kereta. Coz dia ade hal lain plak nak g setel. So, dah siap jumpa Doktor n ambik ubat kat farmasi, ( bagus kan Klinik Kerajaan kat Presint 9, malam2 pun bukak macam biasa.Sesuai untuk orang yang sakit tak berapa kritikal dan tak cukup masa nak g Klinik belah siang macam aku). Farhana suggest supaya kami jalan kaki je waktu balik rumah. Aku ok jer coz sebelum ni pernah jalan kaki balik dari Klinik memalam buta. Dan berjalan-jalan tengah malam syok jugak sambil hirup udara malam.. hehe.. Maka berjalan-jalan la kami 4 beranak sambil bersembang2.. sambil berpegangan tangan aku, n anak2 perempuan aku. Si abang berjalan sorang2 kat depan.. Jeng..jeng jeng.. berhenti sebuah kereta kancil milik seorang Hamba Allah lelaki ni offer kami naik.. Aku tengok ade seorang baby kat seat depan kereta dia. Dan kelihatan seperti orang yang boleh dipercayai.. Aku menolak, ngan ucapan Terima Kasih. Then Hamba Allah tadi berlalu... Kami pun jalan-jalan lagi sambil sambung sembang.. Kelihatan bangunan quaters Aku kat depan.. Sebelah kiri Aku ade bukit.. Rasa dah tak sabar nak sampai rumah. Dalam hati aku berdoa agar tak muncul anjing2 liar yang aku selalu nampak siang2 hari melepak kat bukit tu.. Tapi nampaknya doa aku tak termakbul..Telinga aku ni menangkap bunyi anjing. terus aku n anak2 berhenti berjalan. Berdiri tegak  kat tepi jalan bawah pokok. Aku tengok kat atas bukit yang penuh pokok2..nampak bayang-bayang binatang.. Makkk ..banyaknya hanjing.. Aku n anak2 apalagi..cabut seribu dah.. Kami melintas ke sebelah kanan jalan..patah balik ke belakang.. dengan nafas tercungap2.. macam nak putus jantung .. Anak2 aku dah menangis..Tulah..farhana tadi nak jalan kaki sangat.. si Abang dah salahkan Farhana.. Then aku tarik tangan anak2 aku pergi ke bangunan quaters kat sebelah kanan tu..

Lega. Nasib baik hanjing2 liar tu tak kejar kami. Diorang cume berdiri tegak kat tepi jalan tempat terakhir kami berhenti tadi.. Lepas tu datang plak sorang Hamba Allah ni ngan kereta Wira, berhenti kat area aku ngan anak2 berdiri.. Dia tanya..Anjing kejar ke? aku mengiyakan jer..Dia tnya, dah kol suami ke? Aku cakap Iye.. Takpe.. Terima kasih yer.. Rupenya orang tu nampak kami berlari2 menyelamatkan diri tadi..

Adoi sesak nafas aku dek ko anjing2 liar.. Aku harap lepas ni takkan ade lagi situasi mcm ni..nak pitam rasanya..kerana idea Farhana. siap menangis plak tu nak ajak balik jalan kaki.. Kan dah kene..Lepas nie aku sure Farhana dah serik nak jalan kaki ikut jalan tu.. 

 Lepas tu aku terus kol adik aku suh jemput kami kat situ jugak.. Kebetulan urusan dia pun dah setel.. So, dia boleh datang jemput. ..huhu.. Dah sampai rumah lega rasanya.. grrrrrr..

Monday 16 March 2015

Al-Quran penyembuh duka

Selamat Petang
.
.
.
.
.
.
Jika kalian ingin berjaya , usah dilayan perasaan kecewa.Usah dibiar rasa putus asa. Hidup ini bukan untuk diratapi rasa duka, malahan memandang sesuatu tanpa rasa, tetapi pandanglah kasih sayangNYA. Ada hikmah setiap apa yang terluka, ada pengajaran di sebalik sesuatu yang terasa. Pandanglah ke hadapan sana...nun jauh...tanpa memandang cerita lama.

Sapulah ubat derita dengan sentiasa membaca ayatNYA..Al-Quran itu kan penyembuh duka...

Sunday 15 March 2015

Sakit nya Tuh Di sini...

Assalamualaikum..  tak jawab dosa..hihi..

Semalam hati ni cam emosi sikit.. Emosi sehingga aku letak tajuk entri  aku macam tu...korang baca ikut versi lagu asal dia eh.. baru leh sama-sama merasai betapa pedihnya hati aku.. Huhu..

Cerita dia macam nie..hujung minggu ni aku kene pegi kursus anjuran ofis aku.. Tapi ade seseorang nie aku xtau la dengki ke ape.. bleh plak dia tanya orang tengah ni.. bukan tanya aku direct..Klu tanya aku direct mahu kene sedass ngan aku.."Boleh ke pergi kursus sedangkan aku dalam edah lagi.. " n then sumber tu plak bagitau aku.. dia pot pet lagi pasal aku pergi jalan2 kat pantai masa aku balik kampung aku hari tu....n aku rasa ade lagi la dia potpet pasal aku.. sebab dia tau aktiviti apa aku n anak2 buat.. 

Ok. masa sumber ni bagitau.. mata aku dah berair dah.. Untuk pengetahuan dia , aku pergi kursus ni anjuran ofis aku.. yang mana KURSUS adalah salah satu syarat dalam LNPT aku. Dan Wajib pergi kursus 7 hari setahun OK. Bukan aku pegi kursus tu untuk cari laki ke, pergi cari hiburan ke..or apa2 yang ko sangkakan tak elok. 

Dan lagi..aku pergi jalan2 ke pantai tu ko ingat aku g menggatal kat pantai sana..Dan lain-lain tempat yang aku pergi tu tolong ko jangan sangka buruk eh.. Aku g jalan-jalan semata-mata 3 permata hati aku tuh.. Kami ni balik kampung dah ler setahun sekali.. Anak-anak yang belum mengerti apa2 tu pahamkah dia kalu aku katakan "Ummi tak boleh pergi ke mana-mana sayang.. Umi masih lagi dalam Edah.. " Dan lagi..kalu anak ajak beli barang sekolah diorang.. lepas tu nak makan KFC plak lepas shopping barang.. aku tak sampai hati nak cakap aku ni dalam pantang lagi... tak boleh nak ke sana ke sini.. 

Tuhan jer tahu bila ada manusia macam ni pot pet pasal aku.. meh sini ko cakap direct depan aku.. Spesis macam ni la yang aku rasa macam nak lempang jer.. Ko pun pernah alami apa yang aku alami sekarang..Kenapa ko tak cuba memahami kenapa aku buat tu semua.. Aku hanya memikirkan perasaan anak2 aku.. Biarlah hanya Tuhan yang tahu niat aku. Dan kepada ko yang buruk sangka pada aku, aku ber terima kasih. kerana telah menunjukkan perangai ko yang tersembunyi.. 

Tuhan ..ampunkan aku jika perbuatan aku ke sana ke sini masa aku dalam edah tu adalah salah.. Hanya Engkau yang berhak menilainya.. Siapakah kita untuk menilai urusan orang lain.. semoga si dia yang mengata aku akan berubah kepada lebih baik.. 

Bila emosi macam ni, rasa takde mood dah nak apply tukar balik kampung.. kerana di sana aku takut aku akan lebih emosi..berhadapan dengan orang yang suka jaga tepi kain orang ni boleh menaikkan darjah emosi aku.. 

Biarlah aku terus stay kat sini.. sehingga sampai satu masa aku kene pergi. Aku bahagia kat sini dengan anak-anak aku.. Rasa tenang tanpa manusia yang suke jaga tepi kain orang, tenang dengan tetangga aku yang pada aku sangat baik dan jugak kawan-kawan yang tak lokek bantu saat aku susah dan senang.. kawan-kawan yang selalu ajak aku pergi cari ilmu akhirat.. kat kampung ade ke macam tu? 

Dan di sini aku ade adik beradik yang banyak support aku.. banyak bantu aku di saat-saat sukar..di waktu sedihku..Hanya Tuhan saja yang dapat balas kebaikan korang . Insya Allah.

Dan akhir sekali.. DIA  bersemadi di sini. Bila berjauhan tentu sukar nak kembali menemui dia.. Jadi, biarlah aku di sini sehingga sampai masa aku kene pergi..

Alamak..Dah kenapa.. basah keyboard ni.. 

OK. Jumpa lagi.. Nak g kesat air mata dulu..parah plak klau kawan sebelah tegur..haha..


Friday 13 March 2015

Wednesday 4 March 2015

Hebatnya Sedekah ...walaupun kecik nilainya...

Alhamdulillah Syukur sangat.. Kerana RM 5 yang dimasukkan Si Comel Fatin ke dalam Tabung Surau malam tadi, hari ni berganda-ganda Allah bagi rezeki.. Malah berganda-ganda dari RM 5.. Semua tu duit arwah.. Dan aku hanyalah pemegang amanah..sama juga anak-anak ..Mereka juga amanah terakhir dari arwah.. Miss you very much.. Abang..

Tuesday 3 March 2015

44 hari..Hati menangis

Assalamualaikum... 

Hari ni genap 44 hari Dia pergi.. Tadi masa tengah tunggu bas nak pergi kerja.. Ada sorang kawan ni bertanyakan pasal arwah.  " Dah berniaga ke nasi lemak? Oh rupanya dia tak tau arwah dah lama pergi.Tahun lepas sebelum arwah masuk wad, aku ade bagitau pasal arwah jual nasi lemak kat Blok. Masa tu dia cakap susah la nak beli sarapan pagi area rumah kami, takde orang berniaga.. Aku pun bagitau dia arwah dah meninggal Bulan Jan hari tu.. Terus dia terdiam..Hati aku masa tu dah basah..lencun...

Dari malam tadi lagi aku asyik teringat dia.. Dah lama tak jengah ke kubur dia.. Weekend aku asyik bzi jer..ade jer program.. Ingat weekend nie nak jenguk Dia sekejap.. Sedekahkan Yassin untuk Dia.. Mesti Dia tertunggu kami datang kan.. nanti weekend2 yang akan datang aku lagi bertambah sibuk.. Aku nak start belajar kereta.. 

Semoga Tuhan Permudahkan Urusan Aku, Urusan Kami Sekeluarga.. Semoga Tuhan Permudahkan Perjalanan Hidup Kami.Amin.