Wednesday 19 June 2013

Kakitangan awam naik gaji 1 Julai



Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320


Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.

Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.


Pegawai dipinjam layak

Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

Kemuka permohonan

Ketua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).

Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.

Monday 17 June 2013

S.U.R.A.T C.I.N.T.A



Salam.

Saspens jer ngan title entri ni kan. mmm..tak pernah aku termimpi dapat Anugerah Perhidmatan Cemerlang  dalam usia perkhidmatan yang masih baru setahun jagung. Alhamdulillah Syukur. Terima kasih tak terhingga kat penyelia aku Cik Roziah n Miss Karen. Kerana merekalah aku dapat anugerah ni..terima kasih Cik2 berdua kerana memberi markah lebih kepadaku.. Semoga mereka  berdua pun mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Huhu…mulanya tak yakin sangat aku dapat APC sehinggalah aku terima sekeping surat cinta dari unit pentadbiran opis aku. Hati aku berbunga kembang setaman. Hehe.. terima kasih sekali lagi Tuhan..

Thursday 13 June 2013

EXAM OH EXAM…


Huhu..kerana kau..berhempas pulas..n gigihnya aku mencari  buku2 rujukan yang bapak tebal.. Ini exam ke 2 dalam perkhidmatan aku yang baru masuk tahun ke 5 ni.. yang first dulu masa nak konfem perkhidmatan..yang tu dalam masa 3 thn berkhidmat aku perlu setelkan exam yang wajib tu.. kalau tak lulus, tak dapat la surat pengesahan perkhidmatan..hehe..
Alhamdulillah..sekali ambik je terus lulus..geliga lagi otak ni kan.. ingat dah masuk usia 30 - an, ( tapi masa tu belum masuk umo 30 lagi) dah berkarat otak ni..Syukur ..sekali ambik terus lulus.(walaupun aku ni studi last2 minit) tapi dah rezeki kan.. Terima Kasih Tuhan. Exam kali ni plak untuk kenaikan pangkat  ke gred atas sikit dari sekarang...Exam yang aku nak ambik ni ada 3 paper. Hope kali ni aku lulus walaupun 1 paper..kalau lulus 3 paper lagila aku bahagia.. tak perlu la aku ulang lagi exam tu.. Stress plak tunggu tarikh keramat  25 Jun tu….

Wednesday 12 June 2013

Kisah Disuatu pagi.. Jumaat… 7/6/2013..


Pagi2  lagi aku dh stress.. sebabnya.. cam biase aku naik bas g keje..terlepas plak bas yang selalu aku naik tu..terawal lah plak bas tu hari ni… so, terpaksa jalan keluar skit ke jalan utama tunggu bas seterusnya… n then datang 1 bas , tapi  bas tu tak pegi ke opisku..so tumpang bas tu pegi ke jalan utama.. “ tumpang ke depan ye “…aku cakap kat drebar bas tu..dia ckp…”tumpang kene bayar”.. mmm..terkezut jantung aku.. selalu aku tumpang bas lain, takde kene caj..tetiba  drebar ni nk caj plak. Hangin gak aku rasa .Aku cakap..”oh ..kene byr gak yer”..sambil tangan masukkan syiling dalam tempat syiling.. ok! Fine.. muka en. drebar bas tu akan aku pahat dalam kepala ni..supaya lain kali aku tak naik bas dia lagi..

Then.. sesampai di jalan utama aku bergegas turun dan tunggu lagi bas lain untuk ke ofis…bersama-sama aku ade seorang akak..mybe sebaya aku..mendukung seorang anak kecil.. aku perhati akak tu. n anaknya..umur anaknya mybe 2 thn sehingga la bas datang n kami sama2 berdiri dlm bas yang penuh ngan mat2 bangla n  indon..bukan mat2 aje..minah2 indon pun ade (minah bangla xde lak ye). tetiba rase simpati melihatkan  dua beranak tu.. ..hati yang sakit tadi tibe2 jadi cool.. anaknya merengek2 mahu didukung.. tak lama kami berdiri n sampai 1 perhentian bas dah lengang..jadi bolehlah duduk..baru aku nampak rasa lega diwajah akak tu..yela..bayangkan berdiri smbil mendukung anak kecil dalam bas.. aku dulu pun penah jugak heret anak naik bas..tapi masa tu anak aku dah besar..dah  4thn.. mmm..aneh kan perasaan ni..dari hati yang sakit..membara..tetiba terus jadi sejuk dan cool (sama la tu kan) kerana terlihat mak n anak kecil bersesak2 dlm bas.. hurmm..

Aku Tlah Jatuh Cinta...


Assalamualaikum.
Thanks kerana sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ni.. Dek kerana suke membaca blog adik2 aku, izahafizah n hafizhafizol.. maka aku telah jatuh cinta ..dan terciptalah blog ni..ni pun hasil gigih jari jemari runcing adik aku tu  .. yang gigih memberi tutorial jarak jauh..(bukan kamu ye hafizhafizol).. thanks a lot.. sayang kamu tau…hehe.. lepas ni bolehlah kamu jengah selalu blog kakakmu ini..n kalau kamu sempat.. kamu tolong la update ape yang kurang .. almaklumla kakakmu ni kan budak baru blaja... hehe..terima kasih sekali lagi, nanti bila kita jumpa aku belanja kamu.. Tunggu kakakmu balik Syawal nanti n kita spend time sama2 ek..