Tuesday 17 September 2013

Cerita Raya Part Last

 
Salam..

Tak abis- abis lagi ngan citer raya aku nih . Macam la raya sepanjang tahun. hehe. Kalau korang nak tau, kat ofis aku jamuan raya memang sepanjang bulan Syawal. Bayangkan kat ofis aku ada 22 Seksyen. Di mana setiap kali tiba musim Syawal, Seksyen2 ni akan buat Jamuan Raya ofis diorang n jemput satu UPE. Time ni, memang kami akan save bajet la. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki korang kerana menjemput kami yea. Tahun ni, Seksyen aku, iaitu Seksyen K-Ekonomi tak buat jamuan raya. Jadual puan pengarah yang sangat full, Full la sangat padahal  tak de bajet nak buat jamuan..hehe. menyebabkan majlis raya kecil-kecilan kat seksyen tak dapat dilaksanakan. Insha Allah tahun depan, ada rezeki kitorang akan buat. 
 
Tapi kitorang ada buat Jamuan Raya UPE. Jamuan ni setiap tahun wajib buat. Kat jamuan ni, setiap seksyen akan menyediakan gerai n menu untuk para tetamu. Tetamu nya adalah warga UPE. Tahun ni Seksyen aku menyediakan menu Nasi Kerabu. Salah satu makanan feveret aku ni. Macam-macam menu ada , siap ada pertandingan gerai terbaik lagi. Malas nak citer banyak. Kat bawah ni ade gambar-gambar masa hari kejadian. Layan  la yea.
 
 
 
 Ini kat pintu masuk utama Dewan.

 
Eh..Eh..itu aku. Rajin nampak. Masa ni nasi kerabu n lauk pauk baru sampai.
 
 
 Ni pulak si penjaga gerai. Kak Alina n Dina, si budak praktikal kat Seksyen aku, Yang akak lg sorang tu sebenarnya si penjaga gerai sate. Di sebelah gerai nasi kerabu.

 
Korang fokus kat background tu yer.. Cantik kan. Memang kreatif owner gerai ni.

 
Ni plak aku n my friend. Mila. Mila ni 1st friend aku masa mula2 lapor diri kat UPE. Semoga persahabatan kita berkekalan ye sahabat. Sayang kamu ketat2.
 

 

Gerai laksa. Tak silap aku ada 3 jenis laksa. Termasuk laksam.

 
Gerai Sate. My feveret jugak ni. Dahla gerai tu disebelah gerai aku .Apalagi sebelum orang lain start makan, kitorang pakat rasa dulu.

 
Ini gerai Roti Jala ye. Ini sebab konsepnya suasana kampung, so, angkut la segala macam belanga bawak ke sini. Semua bapak2 belanga ha..
 
 
Ni plak gerai Kambing Salai. Tak tau la kenapa, diorang ni tak bukak lagi balutan kambing tu . Aku rasa maybe takut kambing tu sejuk. Coz kat Dewan tu kan econ kuat. Kambing kan takut sejuk. hehe .Betullah kan.. Bila majlis dah start baru balutan tu dibukak.
 
 

 
Ok. Posing lagi. Dari depan Kak Alina, Eena, Hani, Aku n Dina.

 
Siap ada Kumpulan Kugiran. Dari mana ntah. Aku pun tak tau.
 
 
Ini suasana sebelum majlis. Kat meja bulat tu tempat makan VIP n Orang-Orang Tua dari Rumah Orang Tua yang aku tak pasti kat mana.
 
 
And last, ni masa Menteri UPE melawat gerai .
 
 
 
Berakhirlah Raya @UPE untuk tahun ni. Jumpa lagi tahun depan. Insha Allah.
 
Assalamualaikum.
 


4 comments:

  1. Orang habis dah Syawal kak wei.. hahaha

    ReplyDelete
  2. baru jer 12 hari berlalu.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Bestkan kalau ada open house. Jimat duit. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu awk...lepas abis jamuan, siap tapau lagi..kih3

      Delete