Tuesday 6 May 2014

Aduhai Farhana Sayang....

Assalamualaikum.

Macam-macam la telatah dan ragam anak kedua aku ni yang kadangkala sangat menduga kesabaran aku.  Minggu lepas Cikgu Prasekolah dia bagi tag nama untuk dijahit kat baju uniform dia. Dia balik sekolah, tunjuk la kat Ummi dia , beberapa keping tag nama sambil suruh aku jahit kat baju dia. Lepas tu malam Ahad tu, siap la terletak elok kat uniform dia. Pagi Isnin tu Farhana ambik baju and belek-belek. Sambil cakap, " Ummi, Cikgu suruh jahit dua, atas dan bawah lencana. "

Ah sudah.. Aku dah la dah lewat nak bersiap pergi ofis, Puas aku bagitau dia, tapi tak nak dengar and mula mengamuk. Tak makan pujuk plak dia ni. Selalu dengar cakap. Sudahnya tak tahan dengar melalak di pagi hari, aku jahit la jugak satu lagi. Jahit simple jer, sebab aku tau nanti balik sekolah dia akan suh aku bukak balik. Cume syarat jer tak nak bagi dia melalak. Huh ! Ok. terus diam dan pergi sekolah dengan senang hati. 



 Farhana kat Prasekolah. Gambar ni masa 1st day kat sekolah awal tahun hari tu.



 Farhana n kengkawan.



Gambar ni Cikgu Dahlia yang WhatsApp kat aku. Cikgu plak tengahari baru perasan baju anak aku ni pelik semacam.. hehe.. Aku suh Cikgu tu bagi tau Farhana supaya lekatkan satu jer tag nama. Farhana ni kalu Cikgu yang cakap dia akan dengar n percaya. Sabo je lah.

Aku balik jer dari ofis petang tu, terus dia bagitau aku, Cikgu suh bukak 1 tag nama, hah! kan Ummi dah cakap, tak nak dengar, tersengih2 plak yer..

2 comments: