Tuesday 24 September 2013

Jamuan Perpisahan + Majlis Bacaan Yassin


Salam.
 
Alkisahnya pada 13 September yang lepas, Seksyen aku telah mengadakan jamuan perpisahan untuk sorang pegawai yang bertukar ke MOF coz naik pangkat. Tahniah untuk Cik Nur Amalina. Selain tu jugak, diadakan majlis bacaan Yassin. Majlis ni diadakan tiap-tiap bulan di Seksyen aku dan satu lagi agenda yang diadakan ialah cabutan hadiah hari jadi staff Seksyen aku bagi bulan Ogos ngan September tapi yang aku nak cerita bukan pasal majlis-majlis ni, tapi  kerana AKU yang menjadi EMCEE pada hari tersebut. Aku dah la first time jadi EMCEE ni, bukan jer first time kat opis aku, bahkan first time dalam hidup aku kot.. Gabra giler aku masa hari tu. Sememangnya aku bukan la sukarela pun nak jadi EMCEE ni, tapi Pegawai aku dah menetapkan semua staff akan bergilir-gilir jadi EMCEE di setiap majlis yang diadakan kat Seksyen dan beliau siap suh cabut undi dan undian pertama terkena kat AKU. Sekarang aku dah rasa lega sesangat sebab akhirnya aku berjaya gak menjadi EMCEE. Rupanya takla seteruk yang aku bayangkan. Dahla aku sempat lagi bermimpi pada malam sebelum kejadian tu. Punyelah aku gabra nak kene jadi EMCEE.HeHe.TQVM  kat pegawai aku tu yang memberi peluang kat aku jadi EMCEE, sekurang-kurangnya ia menjadi pengalaman yang berguna kat aku bila aku ditakdirkan pergi dari Seksyen aku sekarang ni. Alamak tacing plak aku petang-petang ni.




 
Pegawai yang diraikan, Cik Nur Amalina.


 
Hadiah-hadiah untuk cabutan hari jadi. Apa la hadiah yang aku dapat nanti. lambatnya turn aku plak.

 
EMCEE lah sangat. Nasib baik majlis ni sangatlah santai. Ber emcee sambil gelak-gelak . :)

 
Pegawai aku tengah seluk kotak cabutan undi. Dia ni dapat payung. Memang sesuai la ngan dia yang suka ngat kawan ngan staff2 pompuan. Jangan marah ye Encik. Hope dia tak baca la  blog aku nih.

 
Haha.. nak gak menyibuk potong kek orang. Nak tunggu turn aku lambat sangat. Maka, setiap kali buat majlis ni, aku mesti nak menyibuk gaks.
 
 
 
pssst... sila abaikan background opis aku yang sangat kemas tu. Opis aku kan banyak buat even, n barang even yang tak dilupus berkurun masih lagi di situ. Nak tunggu buat 5 S, ha masa tulah akan dilupus segala harta karun.  =)


2 comments:

  1. x pernah jadi emcee. hope one day boleh jadi emcee haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gabra giler jojo.. mujur majlis tu 1 seksyen jer.. kalu 1 jabatan dlm 500 org tu, mau pitam aku kt dpn sorang2.. hehe

      Delete