Thursday 10 October 2013

Ada Apa Dengan Wisma Putra?

 
 
Salam Jumaat..
 
Hari ni dah masuk 11 Oktober 2013. Oktober  banyak meninggalkan kenangan manis, dan tak kurang jugak pahitnya. Oktober tahun ni, genap setahun ibu-ibu mertua aku kembali kepada Yang Esa. Kenapa aku sebut ibu-ibu mertua, kenapa tak ibu mertua?hurmm.. special kan.. aku ada 2 orang ibu mertua . Dan kisah mendapat 2 ibu mertua ini juga sangat panjang. Mungkin suatu hari aku tergerak hati nak ceritakan kat sini. Tunggulah kalau ada. Semoga mereka berdua aman di sana. Amin. Kamu berdua adalah ibu-ibu yang sangat membahagiakanku. Terima kasih Tuhan kerna pinjamkan mereka walau sekejap cuma. Ah! Rindu pulak kemesraan dan kasih sayang mereka.
 
Oktober jugak bulan kelahiran aku. Belum tiba pun harinya. Semoga ada sesuatu yang baik menanti di hari kelahiran ku yang ke 32 ni.Amin. Dah melalut ke hari lahir dah pulak aku ni. Dah lari dari tajuk ni..
 
Gambar kat bawah adalah pemandangan dari tingkap ofis aku sekarang. Bangunan yang tersergam indah atas bukit tu adalah Wisma Putra atau lebih dikenali dengan Kementerian Luar Negeri. Apa yang aku tau, kalau ada apa saja urusan melibatkan luar negeri kat situlah tempatnya. Apa yang aku nak citer sekarang buat berkenaan Wisma Putra, tapi.. berkenaan tingkap yang aku tengok pemandangan tu.
 
Entah berapa lama lagi aku boleh lihat Wisma Putra dari tingkap tu.. kerana tak lama lagi tugas aku akan berakhir  kat sini. Dan mungkin aku akan ditransfer ke jabatan lain, atau seksyen lain. Mesti aku akan rindu nak tengok tasik dan pemandangan dari tingkap tu...
 
 



 
 
Sangat menyejukkan mata memandang kan? kalau hari hujan lagi aku seronok pandang ke tingkap tu... Aku akan merindui tingkap ni mulai tahun depan. Insya Allah mulai tahun depan, post aku di Seksyen ni berakhir. Oh! aku dah mula merindui segalanya yang pernah dilalui di sini.. 4 tahun sekejapnya berlalu..
 
 



2 comments:

  1. setiap 4 tahun mmg dia akan tukar ke post lain ke ?

    ReplyDelete
  2. xla hafiz hafizol . Cuma sekarang post saya di bawah projek. n projek tu bakal berakhir pada 31 Dis ni, so, bersedia la untuk ditransfer ke mana-mana .. :((

    ReplyDelete