Wednesday 19 August 2015

Entri terpanjang abad ini...

Assalamualaikum...

Dah lama sangat rasanya tak jenguk ke sini. Nak kata sibuk ngan keje tak jugak..Ada jer masa nak FB, layan Wassap ngan kwn2, berangan time moody tu datang..sambil2 dengar lagu jiwang kat youtube.hihi.. 

Kejap jer hari berlalu..Hari ni genap 7 bulan arwah pergi. Tapi rasa cam baru semalam dia dibawa pergi. Masih lagi terbayang hari yang aku dapat call dari Hospital cakap dia tenat. Masa tu pukul 5.00 pagi. Tapi sebenarnya masa Nurse call tu dia dah sejam pergi. Nurse tak cakap yang dia dah meninggal. Bila abang aku pertikaikan perkara tu dengan Doktor, Doc cakap diorang tak boleh bagitau macam tu, nanti waris shock and pernah ade kes waris eksiden waktu nak ke hospital jumpa si mati. Oh betul gak kata Doktor kan. Aku ingat lagi masa dapat call dari nurse, aku terus call abang ipar, tapi tak dapat, then call adik ipar suruh maklumkan kat abang ipar berkenaan arwah. Then aku call anak sedara ajak g hospital . Sementara tunggu anak sedara datang, sempat lagi mandi-manda, mak aku pun sempat mandi n solat. Lama gak tunggu anak sedara. Dalam hati aku cume berdoa supaya aku sempat jumpa dia. Dapat dengar kata-kata terakhir dari dia. Itu je doa aku. 

Aku tengok mak yang lebih risau dari aku. Masa tu peliknya aku tak rasa sangat sedih. Aku macam tak ada perasaan. Kosong. Mungkin aku masa tu dah pasrah n redha. Cuma berharap dapat jumpa buat kali akhir. Itu je. Dalam kereta pergi hospital, masing-masing senyap membisu. Sesampai jer pergi wad dia, tengok katil kosong. Dalam fikiran aku, maybe kat bilik ICU. G jumpa Doktor kat station work dia, dia macam teragak-agak nak cakap. Bila dia cakap Mohd Faris dah takde..Aku bleh plak tanya, dia kat mana? Masa tu aku ingat maybe dia kat ICU. Doc cakap dia dah meninggal.. Aku tak terkata..Senyap..Jadi bisu sekejap. Mak n anak sedara aku dah meraung kat belakang aku. Aku ..menangis..tapi air mata aku tak keluar. Pelik. Mak menangis2  bagitau mak tak sempat nak jumpa dia. memang aku tak bawak lagi mak melawat dia. Sebab kalu ikutkan kata doktor, hari dia meninggal tu dia akan di transfer ke Hospital Serdang , dekat skit dengan rumah aku. condition dia pun Doktor cakap dah makin ok . Aku memang shock masa doktor cakap dia meninggal. kenapa boleh dia meninggal, sedangkan Doktor cakap dia dah makin OK. Malam sebelum dia pergi pun aku sempat cakap ngan dia, janji ngan dia nak jumpa esok pagi kat Hospital Serdang. Dia sempat cakap ngan aku dia OK. Kenapa? Dan kenapa? tengah2 serabut ngan macam2 persoalan tu, terkeluar plak soalan aku. Dia kat mana sekarang Doktor.. Bila Doktor cakap kat Forensik tu.. Terus aku rasa cam tak stabil nak berdiri. Cepat2 aku pegang meja doktor tu. Masa tu air mata keluar, tapi setitis..dua titis.. Aku masa tu nak sangat meraung. Tapi air mata aku dan suara aku macam takde. Tenggelam. Aku jadi patung cendana kat depan Doktor tu. Aku tanya lagi Doktor tu, boleh aku jumpa dia ke.. apa aku nak buat sekarang.. Doktor datang dekat ngan aku and pegang tangan aku cakap suh sabar. Doktor muda tu dan aku rasa dia masih bujang.. peluk aku.. sungguh aku tergamam dan tak percaya dia dah takde. 

Bila doktor sebut Forensik baru la aku percaya sikit2. Aku terbayang dalam TV yang aku duk tengok drama ke apa tu.. Bilik Forensik tu tempat mayat n aku terbayang mayat tu diorang simpan dalam peti ais.. or entah apa ke nama ..
Lepas tu kami semua pergi ke Jabatan Forensik.. sambil jalan laju2.. Masa tu bleh plak terpikir lagi..nak jumpa dia..nak tengok dia bernafas lagi.. Dah nama pun Forensik kan. memang mustahil la..Dalam drama boleh la berlaku macam tu kan. 

Sampai kat Jabatan Forensik, ambik masa jugak untuk aku masuk ke dalam jumpa dia. Kene tunggu pegawai bahagian forensik tu. Ntah kul brapa nak datang..Maybe shift pagi kul 8 kot. Sesambil tunggu orang tu datang isi dulu borang daftar kematian. Bini sendiri yang daftar kematian. Kelass aku. Isi borang tu, tulisan aku dah macam apa dah. Hope kerani tu boleh baca tulisan serabut aku tu.. 

Lepas isi borang tu semua baru la aku duduk , tenangkan diri. Lambat bebenor la pegawai tu datang. Aku call abang  first. tapi tak berangkat. Aku paham pagi2 cam tu dia sibuk uruskan anak sekolah. Then aku call adik lelaki yang stay ngan aku, bagitau arwah dah takde, suruh dia siapkan semua anak2 dan bawak ke Hospital .  Lepas tu aku call Ofis bagitau. masa kol diorang sume air mata aku asyik tak berhenti kluar. Masa tu baru rasa kehilangan.  Lepas tu call lagi beberapa kawan baik. Jiran kat rumah. Dan mereka semua terkejut dengan berita tu. Mereka dengan baik hati offer pertolongan, tanya nak kebumi kat mana. Dan suruh aku banyak- banyak sabar.

sampai jer Pegawai Forensik tu, aku terus jumpa dia bagitau nak masuk jumpa arwah. Dia bawak aku pergi sebuah bilik. Aku dah rasa seram sejuk. Aku masuk sorang masa tu, mak aku kat belakang ngan anak sedara. Seram aku. Tempat yang pertama kali aku masuk, aku dah la masa tu period. Aku berhenti kat luar bilik tu, tgk ade tulis " Islam" . Bilik sebelah tu plak, " Bukan Islam". Aku selawat dan mohon doa supaya aku kuat semangat. Takut jugak. Kat dalam tu tempat terakhir mayat-mayat yang mati dengan cara bermacam-macam kan.... Eiii serammm.. Tapi fikirkan yang baik-baik..fikirkan kat situ cuma ade arwah. Aku masuk dengan mak. Tapi mak cam xberani nak bukak beg mayat tu. Aku selawat banyak-banyak then tarik zip beg tu slow2..boleh plk masa tu aku terbayang mata arwah terjegil tengok aku. Aghhh setan semua tu. Aku bukak terus.. tengok muka dia macam tengah tido..Pucat lesi muka dia.. Dia dah lama pun pucat macam tu..Jadi aku dah biasa tengok. Nyaman je aku tengok dia tido.. macam yang dia selalu tido kat umah tu. Tapi bezanya kali ni dia tido selama-lamanya. dah puas tengok aku tutup zip dan keluar. Mak n abang ipar ambik wuduk n baca Surah Yassin. Tak lama baru abang n kak ipar sampai.. adik2  n anak-anak aku..

Lepas tu, diskas ngan abang ipar kat mana nak kebumi. Aku teringat, arwah dulu pernah bagitau kat aku, kalau dia meninggal kat sini dia nak dikebumi kat sini. Aku anggap masa tu dia bergurau jer. Tapi banyak kali gak dia cakap-cakap macam tu..Dia pernah cakap tak nak susahkan orang nak uruskan dia kalau nak kebumi kat kampung. So, bila abang arwah tanya aku, aku cakap la apa yang arwah pernah cakap kat aku. Adik-beradik arwah ikut jer nak kebumi kat mana, Sebenarnya bagi aku lagi senang kat sini, sebab adik beradik dia ramai stay kat sini, yang kat kampung ade 2 orang. Nanti diorang akan datang bawak ayah arwah.

Untuk memudahkan urusan pengebumian, proses memandikan arwah dibuat kat Hospital Sungai Buloh jer. Senang, diorang ade contact ngan ustaz yang menguruskan. Sampai saat nak dikafan, Ustaz panggil waris-waris arwah untuk memberi ciuman terakhir..Sebak sangat masa tu. Mula la terbayang-bayang saat arwah masih ada. Macam mana la hidup kami lepas ni.. Selepas dah selesai semua urusan kat Hospital Sungai Buloh, Kami bergerak balik ke Putrajaya. Aku n anak2 serta adik lelaki aku naik van jenazah. Aku duk kat depan ngan En. Drebar. Masa tu rasa sedih, sayu , pilu  semua ade.. Semua waris arwah serta sedara mara, ayah arwah semua dah menunggu kat Surau Al-Husna depan rumah aku. Kawan-kawan aku datang tak lama lepas tu. Menangis lagi..Kawan-kawan ofis plak akan datang kat tanah perkuburan. Aku rasa masa tu, mata aku bengkak dah macam apa..serabai jer rasa.

Alhamdulillah Tuhan permudahkan urusan pengebumian arwah. Jiran-jiran serta AJK Surau kat rumah juga banyak membantu uruskan semua hingga selesai. Syukur dapat mengenali mereka yang baik hati. Jasa baik mereka hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasNYA. Adik-beradik arwah dan aku juga banyak membantu daripada urusan kat hospital sehinggalah ke tanah perkuburan. Syukur sangat memiliki insan-insan yang prihatin. Dan kerana doa mereka jugak la aku jadi kuat dan tabah. 

Pikir-pikir balik dari mula arwah sakit hingga dia pergi.. aku selalu doa supaya Tuhan kuatkan hati dan tabahkan semangat aku walau apa jua yang terjadi dalam kehidupan aku. Mungkin sebab itu la aku tak rebah saat dikhabar berita kematian arwah. Seorang kawan pernah cakap, dia pengsan berkali-kali waktu dapat berita suami dia meninggal kerana eksiden. Dan dia jugak hampir gila. Pernah dapatkan rawatan kat Klinik Pakar Psikiatri. 

Alhamdulillah Tuhan tu Maha Kuasa. Dia yang menjaga hati kita, memberi kekuatan saat kita hampir rebah. Dan mungkin jugak aku dah ada pengalaman ditinggal suami kali pertama 10 tahun lalu. Semua pengalaman lampau menjadikan aku lebih tabah. Dan anak-anak juga buatkan hidup ni lebih indah walau rasa cam tempang sebelah. 

Semoga anak-anak pun akan dapat terima hakikat mereka semua dah jadi anak yatim. Faiz memang dah mengerti, adik-adiknya la yang masih lagi macam tak kisah. Setiap kali rindu abah, mereka akan belek2 album, dengar video suara abah..ulang-ulang sampai jemu.. , melukis gambar famili pun masih lukis gambar abah.. 

Penat dah menaip entri yang paling panjang abad ini, nak g makan kepci plak. My bos belanja..Jangan jeles..Tengah2 poket kering macam ni Alhamdulillah sesangat ade orang belanja makan..hehe.. Nanti sambung lagi kat entri seterusnya.. penat menaip dah ni oii..member sebelah pun duk sound dah.. Rajinnya menaip..Jom le makan oiii..




2 comments:

  1. salam kak.singgah balas kunjungan di sini. sedihnya baca kisah akk. semoga kak terus diberikan kekuatan dan semangat utk teruskan hidup.
    yong follow blog ni

    ReplyDelete
  2. wsalam farhain. blog ni suke suki je .. baru belajar ber blog. semoga awk pun sentiasa bahagia..ceria selalu..dan sentiasa dalam rahmatNYA..

    ReplyDelete