Monday 26 January 2015

7 hari Tanpa Mu..

Assalamualaikum...

Sekian lama laman ni terbiar je..hari ni baru berkesempatan jenguk.. tu pun setelah ketiadaan Dia.. Genap seminggu Dia pergi.. 


Akhir tahun 2014.. Dua minggu sblm berakhir tahun ..aku sibuk ngan kerja-kerja ofis..terpaksa kejar dateline untuk menyelesaikan kerja-kerja menutup akaun untuk bayaran tahun 2014.  Semput rasa mengejar masa sebelum tarikh akhir tutup akaun. Tapi dalam masa yang sama Dia juga sedang meghitung hari2-hari kematian nya.. Dalam kesibukan aku, Dia ambilalih uruskan anak-anak..sedang saat itu juga Dia menahan derita.. Sehingga tarikh 31 Disember 2014, Dia akhirnya menyerah kalah.. Sakit tak tertanggung memaksa Dia ke Wad Kecemasan Hospital Putrajaya. Kebetulan pada tarikh tu, abang aku, abang kedua yang kupanggil Abang Mat sekeluarga datang ke rumah. 

Satu hari satu malam kat Hospital Putrajaya, Dia ditransfer ke Hospital Sungai Buloh kerana penyakit buah pinggang DIA dah semakin teruk. Doktor bagitau buah pinggang Dia hanya tinggal 13% fungsinya. Bermakna Proses Hemodialisis perlu dimulakan. 

Kat Hospital Sg. Buloh, hemodialisis dimulakan.. selama 3 kali seminggu.. Lepas rawatan tu, nafas Dia semakin OK. takde semput lagi dah.. Dan Dia nampak semakin sembuh walaupun kenyataannya penyakit Buah Pinggang takde ubatnya.. Seumur hidup perlu bergantung ngan mesin hemodialisis. 

8 Januari 2014....

Dia discharged  dari Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah.. dia balik ke rumah.. senang skit hati ni, tak perlu lagi berulang-alik ke Hospital Sg Buloh. Lagipun sekolah dah nak bukak. Senang nak uruskan anak-anak sekolah nanti..

Balik jer ke rumah, Dia cakap mengantuk dan penat. Nak tido. Anak-anak cuma pandang je abah dia..tak sempat pun nak bermanja.. yelah.. masa Dia kat Hospital, anak-anak tak dibenarkan masuk ke wad.  Dengar suara abah pun melalui henpon jer.. 

Aku biarkan Dia masuk bilik berehat dan tido.. Pada masa yang sama aku masuk bilik dan jenguk Dia. Ok. Dia kelihatan sangat penat dan aku biarkan dia tido. Tapi kadang-kadang tak berapa lena..macam tak selesa. Aku urut2 dia.. Hati tertanya-tanya.. Kenapa Dia macam lemah sangat..Kalau dia belum sembuh kenapa dia discharged .. Dalam hati tertanya-tanya..Mata pun dah layu.. Mamai.. kemudian terjaga bila tiba-tiba dia macam mengaduh sakit.. sambil mulut dia menyebut panggil Mak dia yang dah arwah..

Aku bingkas terus bukak lampu bilik .. Pandang wajah dia..nampak mata dia terbeliak putih.. dia senyap tak bersuara..Ya Allah..kenapa Dia jadimacam ni..Dia tak sedar..Aku tepuk2 pipi dia.. Sambil ajar dia mengucap.. Tapi dia tak mampu habiskan.. Aku panik campur takut.. Tuhan Tolong jangan ambil dia..tu je yang aku mampu doakan.. Aku rasa denyut nadi dia..Rasa denyut jantung dia.. Badan dia dah sejuk semacam.. Terus aku jerit minta adik yang tinggal bersama aku supaya call ambulans.. 

Tak tunggu lama aku call adik-beradik dia..maklumkan keadaan Dia waktu tu.. Rasa macam malam tu aku akan kehilangan dia..Menunggu ambulans datang bagaikan ber jam2.. 
Tuhan je tau macam mana perasan waktu tu.. Akhirnya setelah dibawa ke hospital..Dia sedar.. Alhamdulillah.. Baru aku tahu rupanya dia jadi macam tu kerana HYPO.. gula dalam darah dia hanya 0.3 .. Admitted lagi kat Hospital Putrajaya satu malam.. Keadaan dia masa tu sangat lemah.. makan minum aku suapkan.. setiap kali adik-beradik Dia datang, Dia meracau ..menangis.. minta maaf segala salah dan silap..dan Dia bagitau jumpa arwah mak masa pengsan malam tu.. Masuk malam kedua, dia kene transfer semula ke Hospital Sg. Buloh. Penatnya ber ulang-alik Putrajaya ke Sg Buloh, Tuhan jer tahu..anak-anak seakan memahami kesusahan aku..tak banyak bertanya.. Adik bongsu yang baru abis SPM datang rumah ambilalih tugas aku jaga anak-anak..

Dia dah makin stabil.. Dah bleh bangun sndri...dan makan pun dah selera.. Alhamdulillah.. Cuma tekanan darah dia turun naik.. Lega bila doktor maklumkan Dia akan di transfer ke Hospital Serdang untuk Hemodialisis.. Maknanya Dia dah makin ok.. Dalam masa yang sama, tiap kali aku pergi hospital , dia akan pesan jaga anak baik-baik.. hehe.. Ummi tau la ..abah jangan risau.. rehat ye..nanti dah boleh balik rumah..

19 Jan 2015..

Pukul 8 malam.. aku berjaya call Dia..sebelum tu dari pukul 5 ptg, aku call..dia xjawab2.. Malam tu banyak kali Call pun tak berjawab..sehingga pukul 8 mlm, baru dapat dengar suara dia.. Dia cakap dia OK dan baru habis buat hemodialisis.. Aku bagitau dia esoknya (20 Jan ) kita jumpa kat Hospital Serdang sepertimana Doktor bagitau 20 Jan dia akan ditransfer ke Hospital Serdang untuk continue Hemodialisis.. tapi Dia tak mengiakan kerana talian terputus...

20 Jan 2015..

Sebaik saje aku off alarm henpon pukul 6 pagi.. henpon aku berdering ..Ade Call masuk.. Hati aku jadi tak sedap.. yang aku tau tu Nombor Telefon Hospital Sg Buloh..Tanpa lengah aku lekap henpon kat telinga.. "Assalamualaikum Puan Rosnita..Suami Puan kritikal.. Datang segera ke Hospital jumpa doktor.. ".

Kelam kabut aku bersiap2 then call abg ipar yang duk Puchong..Tapi tak dapat kontek dia.. Call pulak anak sedara arwah.. Then siap2 pegi Hospital.. On the way..cuma mampu berdoa agar sempat jumpa dia..

Sampai je kat Hospital, terus pergi kat Wad 4C..then diorang suh jumpa doktor.. Doktor cam susah nak bagitau.. hati aku dah berdetak mengatakan Dia dah pergi.. Doktor cakap.. Saya mintak maaf.. Encik Faris tak dapat diselamatkan.. Jantung Dia gagal berfungsi.. Masa tu aku rasa kosong..kosong dan kosong.. Dan air mata ni terus mengalir tak henti.. masa tu mak n along (anak sedara arwah) ada bersama aku.. Yang lain-lain belum sampai.. Maafkan aku abang.. Aku takde disisimu saat -saat akhir pemergianmu..Maafkan aku..Maafkan aku..

Dan sehingga saat ni..Dah 7 hari dia pergi..rasa macam aku bermimpi.. Rasa macam dia masih ada bersama..walau jasad dia takde depan mata..tapi rasa cam dia ada setiap hari.. sewaktu hayat dia..

Terima kasih buat semua..adik-beradik aku, adik-beradik arwah, sedara-mara belah arwah, abang sepupu aku dari terengganu yang aku langsung tak sangka dia akan datang, sahabat-sahabat arwah, sahabat-sahabat aku, jiran-jiran aku, AJK Surau Al-Husna yang menguruskan tahlil untuk arwah..

Segala pertolongan dan kebaikan korang menguruskan jenazah arwah dari mula hingga akhir..hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya..

Al-fatihah untuk mu ..temanku yang paling akrab, suamiku, ayah kepada anak-anakku.. semoga berbahagia di alam sana.. Jika diizinkan Allah SWT.. Kita pasti bertemu .. Di alam yang paling Abadi.. Ameen..












2 comments:

  1. Alfatihah.. Semoga arwah ditempat bersama orang-orang beriman. Ameen. InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah..semoga arwah tenang damai disana.

    ReplyDelete